Pages

Wednesday, April 18, 2012

Mahkamah Hati si perindu ILAHI


Dari sudut mahkamah hatiku....Iman...


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu
Jika kamu membiarkannya pergi
dia tidak akan pernah lagi menjadi dirinya yang dulu
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah
kecuali di hadapan orang yang dia sayangi
Dia akan menjadi lemah
Lelaki..
Jika seorang wanita pernah menangis keranamu
pimpinlah tangannya dengan penuh pengertian
penuh keikhlasan
kerana dia akan bersamamu sepanjang hidupmu
Lelaki..
Jika seorang wanita menangis keranamu
janganlah kau mempersiakannya
mungkin kerana keputusanmu
kau merosakkan kehidupannya
Saat dia menangis di depanmu
saat dia menangis keranamu
lihatlah matanya
dapatkah kau merasakan sakit yang dialaminya?
Wanita mana lagi yang akan menangis
kerana dirimu
di hadapan dirimu
Dia menangis bukan kerana dia lemah
bukan kerana dia menginginkan simpati dan kasihan
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu
dan semuanya kerana dirimu
inilah masanya untuk kau lihat
apa yang telah kau lakukan untuknya
hanya kau tahu jawapannya
Pertimbangkanlah
kerana suatu hari nanti
mungkin akan terlambat untuk menyesal
mungkia akan terlambat untuk memohon maaf...

Ikhlas Tapi Jauh...