Pages

Tuesday, December 29, 2015

.Memperingati Rasulullah S.A.W. 12 Rabiulawwal 1437 Hijrah.

12 Rabiulawwal 1437 Hijrah bersamaan hari Khamis, 24 Dec 2015.
Penghujung 2015. 
Pengisian yg cukup bermakna kepada seseorang seperti hamba yg rindukan 
Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum ummat Muhammad s.a.w...
Salam Maulidurrasul buatmu junjungan besar nabi kami... 

Hari ini, kami jelajahi ibukota yang penuh cerita duka dan lara..
Hamparannya penuh dengan ratusan ummatmu yang bertebaran di muka bumi ini di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur..
Lokasi kami tertumpu di sekitar Sogo, KL..

Apa yang ada di sana?
Jom terjah!!!

2.30 petang- baju Kindness! gagah bersiap sedia dengan baju Kindness kesayangan kami. 
Siap siaga! tak sabar nak memenuhi misi hari ini. 
Tuhan, permudahkanlah urusan kami.. amin.

Sekitar jam 2.45 petang - briefing dari para admins Kindness mengenai pengisian hari ini. 
Sesi pengenalan. Tujuan berkumpul hari ini? bukan utk shopping di Sogo ya;p
 untuk siapa? 
bagaimana perlaksanaannya? 
Semuanya diterangkan satu persatu. cukup kemas!
kagum dengan semangat perjuangan mereka..
 mukaddimah dari para admins Kindness a.k.a Person In Charge 

 cara nak snap gambar pun diterangkan tau! tak rugi kalau korang join

 para volunteer tekun mendengar sesi briefing

ha tengok tu! abg2 Kindness yang budiman siap ajar cara terbaik utk ambil video..

3.00 petang - Pengisian hari ini dimulakan dengar mengedar kisimis percuma kepada orang awam di sekitar kawasan tumpuan. kenapa mesti kismis?
Baginda s.a.w. kan mengajak ummatnya supaya memakan manisan seperti kismis. Sempena Maulidurrasul hari ini, inisiatif ini diambil bagi memperingati ajaran sunnah Rasulullah s.a.w. 
Kismis ini diberi secara percuma. 
Alhamdulillah..
Sekotak kismis ni cute je. comel! tapi isinya penuh makna. Di luar kotak kismis tersebut ada tertulis.. "there is reward for kindness for every living thing"
Fahami maksud kata2 di atas.. 

Gigih para sukarelawan Kindness mencari penerima kismis percuma ini. Bukan senang ye nak memberi. Iman sendiri menghadapi kesukaran semasa melakukan pemberian pertama kismis tu, rata-rata menolak. Mungkin tanggapan mereka, kismis itu berbayar. Maklumlah kalau di ibu kota ni, pelbagai ragam org yang menjual barang. kata mereka "ambil lah". but at the end, kena bayar. 

Tapi, Iman cuba lagi untuk memberi. Dan akhirnya, Iman berjumpa dengan penerima kismis seperti gambar di bawah. Iman terangkan bahawa ini adalah kismis percuma. Mula-mula, ragu-ragu untuk mereka terima (risau akan dikenakan bayaran barangkali) tetapi apabila Iman jelaskan bahawa ini adalah kismis percuma sempena MAULIDURRASUL, terus mereka ambil dan tersenyum.

Gambar di bawah adalah dari lensa kamera Iman sendiri. Iman seru mereka.. "buat macam ni.. sambil tunjukkan kotak kismis yg mereka terima.. dan senyummmmmmm " 
ha... gitu..


Antara salah seorang penerima Kismis dari Kindness. 

Dari kejauhan, kami perhatikan agak lama juga sembang mereka.. 
 mungkin sedang cuba memahami apa yang cuba disampaikan... 


Sehingga akhirnya si penerima TERSENYUM sambil menepuk-nepuk bahu para volunteer. Mungkin ada sesuatu yang menambat hati si penerima ini hasil dari perbualan mereka..

Sekitar jam 4.00 petang, hampir 800 kotak kismis berjaya diedarkan kepada orang awam. Syukur..Tuhan permudahkan urusan kami.
Kami semua berkumpul untuk share pengalaman setelah menjayakan program hari ini..

Jom tengok reaksi volunteer Kindness yg bertungkus lumus bersama kami pada hari bertuah ini..

Senyuman macam ni lah yang kami mahukan.. 
senyum ikhlas tanda syukur menyelesaikan tugasan hari ini ;p
  
"Tak Sangka, hanya dengan sekotak kecil kismis, dapat menyentuh hati mereka.. lebih2 lagi di hari ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.", luahan hati salah seorang volunteer Kindness Malaysia.

Gambar beramai-ramai antara agenda yang perlu kami kongsikan kepada semua. Antara implikasi positif program ini, persahabatan kami kerana Allah.. program sebegini menyatukan kita semua.. merapatkan ukhuwwah.. yang tak kenal, pun akan keep in touch selepas program ini.. 
welfie wajib dari Iman dan para volunteer..terima kasih kalian yang budiman..
.......................

Jadi, jawapan kepada persoalan pada awal kisah Iman ini dah terjawab kan?

Program apa? 
-Projek Baginda iaitu projek memberi kismis percuma kepada orang awam sempena Maulidurrasul. Projek Baginda ini merupakan salah satu projek tahunan KINDNESS MALAYSIA. Projek Baginda 2015 ini difahamkan turut diadakan di negeri-negeri lain seperti Pahang, Perak, Kedah, Johor dll. Tak percaya? :-)
 Bole like page KINDNESS MALAYSIA atau follow instagram kami. 
Search sahaja "KINDNESS MALAYSIA" 
check it out ya!

Tujuan? 
-Memperingati Rasullullah s.a.w.. 
- mencontohi sifat2 baginda, mengamalkan sunnah2 baginda..

Kesan? 
- Mengajak orang lain melakukan kebaikan
- memberi dengan ikhlas
- merapatkan silaturrahim sesama kita
- senyum itu sedekah
-menambah pahala
-Tepuk dada, tanyalah IMAN kalian..

Akhir bicara, TERIMA KASIH ALLAH.. kerana mempermudahkan urusan kami.. 
TERIMA KASIH KINDNESS MALAYSIA atas inspirasi ini. Semoga kita akan terus melakukan kebaikan di masa-masa akan datang..

Salam maulidurrasul buat semua..

ingatlah bahawa "Barangsiapa menunjukkan kepada KEBAIKAN, ia akan mendapatkan pahala seperti orang yang mengerjakannya" (HR: Muslim)


p/s: banyakkan istighfar..
kerana kita semua pendosa.. 

Iman Nur Alia,
_Volunteer Kindness Malaysia_