Pages

Friday, January 15, 2016

:Aku Cari Dalam Diri_

Aku cari dalam diri..
tiada yang seindah namamu..
aku terus gagahi diri..
agar dapat mengilhami sifat-sifat terpujimu..
Aku teruskan langkah ini..
kerana aku tahu syafaatmu selalu bersamaku..
Aku tanyakan Muhammadku..
kenapa kadangkala Tuhan menguji sebegini..

kerana Tuhan sayangkan kita..

Aku tabahkan hati ini..
Semoga Muhammadku dalam ingatanku selalu..

iringi kami ke jannah..impian ummatmu..

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw..