Pages

Friday, May 6, 2016

^Ceritera di Kem Murni, Gopeng, Perak^

Alkisah cuti Hari pekerja 1 Mei 2016, kami team penyokong bola sepak Chelsea mengambil kesempatan ini utk berkampung di Kem Murni, Gopeng, Perak.
Event ini juga bersempena Hari Keluarga aka FAMDA 3.0 anjuran Chelsea Soljabiru.

Perjalanan dimulakan seawal pagi Sabtu jam 5.30 pagi.. Check point kami di RNR Sg. Buloh..
Nak elak jem! kemain awal keluar rumah. 
Seawal jam 9.30 pagi kami dah tiba di susur keluar Gopeng.. menuju ke Kem Murni di mana kami akan menginap di sana..
Our first picture di RNR Tapah! masa ni baru sesi kumpul-kumpul salam peluk cium..hehe

Depa sesi briefing. aku? sesi selfie! haha

Dah nak sampai! Kg Jahang, Gopeng!

 Kem Murni di mana tempat kami akan menginap selama 2 hari 1 malam 

Kalau nak diikutkan secara basic nya, dekat je KL ke Gopeng ni.. so, tak perlu rush. tapi disebabkan kami nak elakkan jem sempena cuti hari Pekerja, so..kami keluar awal yawww!!! 

Selesa tau hotel kami! air paip kat luar disediakan, mudah kami nak basuh2 kaki. 2 toilet kat belakang pun ada! bersih! kalau boleh, nak kipas lebih ye bang! hehe #eh 
Ni utk para ladies. chalet ladies dgn boboyyy sebelah2 je ok..

tapi jgn risau guys! malam kat sini sejuk.. x perlu kipas. nyamuk pun takde! 

Kami bersiap sedia utk tugasan pertama kami iaitu teroka Gua Kandu. Gambar kedua kami beramai-ramai sebelum masuk gua! hahaha

The Ladies! siap dengan safety helmet utk ke Gua. Kami dinasihatkan utk membawa torchlight & berpakaian sesuai memandangkan Gua Kandu sgt gelap!

Di pintu masuk Gua Kandu. sebelum melangkah kaki ke Gua, kami dinasihatkan supaya tidak bercakap besar atau bercakap yg bukan2 di dalam gua.. ha! ingat tau! maklumlah kena jaga adab masuk tempat2 peninggalan bersejarah mcm ni.

Menurut instructor kami, Gua Kandu ni pernah dijadikan pejabat operasi dan pentadbiran tentera semasa pemerintahan Jepun. Tentera Jepun jadikan gua ni utk simpan kapal terbang walaupun at the end tak tercapai sebab perang tamat dan Jepun surrender. kalah!

Then, kami juga diberitahu bila Jepun dh tinggalkan gua ni, pengganas komunis lak masuk.. termasuklah Chin Peng. So, gua ni banyak yang tak terusik.. mcm yg asal ok! 
ha gitulah lebih kurang.. 

Di dalam gua, kami diarah duduk mencangkung dalam satu bulatan dan perlu menutup mata selama hampir 5 minit. Kami diberi peluang merasai nikmat kegelapan. sambil insaf bila fikirkan macam mana lah orang buta berjalan.. 
Walaupun cuma 5 minit disuruh pejam mata, ya Allah rasanya.. perit sebab terlalu gelap.. rasa INSAF SANGAT.. SYUKUR sgt dgn anugerah penglihatan yg DIA beri...

Aku masih mampu senyum walaupun keletihan hehe

Memang gelap! ni dari lensa camera hp aku sendiri. batu-batu kat sini mmg menarik!

selagi muat, aku selit!

Ada lambang bintang tiga kat dalam gua ni! 
 Nampak tak? lambang tu aku snap sendiri, pencahayaan agak kurang hehe. pakai hp je kan. kwsn lapang berdekatan lambang bintang tiga ni merupakan bilik mesyuarat komunis.

Teroka punya teroka , tetiba macam pelik kenapa kami lalu jalan yang sama 2 kali?? then, instructor tu kabo Gua Kandu ni dia seolah-olah berpusing dalam satu laluan bulatan yang besar.. tu yg jumpa balik tempat lambang bintang tiga tu tadi. 

Ha tgk ni! bukan senang nak tengok keindahan dan kegelapan dlm gua

Welfie mana yg sempat! Gua Kandu ni agak gelap, takde track dan berdebu! so, guys get ready. amat berbeza dgn Gua Tempurung tau!

Ada juga bentuk batu seperti seorang perempuan sedang berdoa dalam gua ni

 Dah nak kena panjat plak ! tinggi woi! sesi panjat memanjat daki mendaki dlm gua Kandu ni agak menyeronokkan dan mencabar tau! tapi jgn risau sebab instructor akn bagitau step by step cara mendaki & menuruni setiap curam.

Penerokaan Gua Kandu ni mengambil masa lebih kurang 2 jam.. yela amik masa sikit.. kalau ahli group ramai, nak kena tunggu la kan..sorang2 nak turun, nak panjat nak merangkak. bukan mudah ye.. belum campur nak ambil gambar lagi, rehat lagi hehehe
 ok dah keluar gua! memanjat lagi! 



 Ok turun plak! masa turun ni kitorang keluar ikut laluan mana tah. dalam hutan. tapi syok! but no biggie! ada track dia dan ada tali! safety helmet mmg membantu sbb kepala korang akan tersangkut mcm2 benda! hahaha

inilah hasilnya! kasut dan seluar aku! 

Pulang ke Kem setelah puas bergua Kandu! kena lak hujan turun. apa lagi.. kami main hujan dan terjun sungai berdepan chalet kami. best wooh!


Sesi petang kami pula adalah "flying fox". sekali dengan pakej la ni kan, hehe. ok jom terbang tinggi2! jerit kuat-kuat! lupakan segala masalah yang ada kat KL nun...

mula-mula kena panjat tangga utk sampai ke atas

 then dah sampai, get ready lah nak jadi superman! haha

taraaa!


gelagat rakan-rakan semasa & selepas flying fox 


Malam plak, kami dah tentunya disaji dengan makanan semua kan.. then, continuing dengan sesi santai2! 
Group ni kena denda jalan itik sebab tak berjaya selesaikan task! actually, group aku pun kena denda buat huruf bhaiii...buat huruf guna lenggokan bontot!  hahaha memang lawak! SO FUNNY!
kemain depa bahan kami! gelak kemain kuat! !!! buat huruf O!!! 

malu nk tjk picture! 
apa pun, kami enjoy!

Esok pagi pula, kami meneruskan aktiviti water rafting! naik lori ramai2 sambil bercanting! lagu Chelsea woi! meriah 1 kampung! hahahha

Dah sampai ke lokasi, macam biasa. sesi briefing dan sesi mengambil gambar! semua siap dengan paddle masing2! 

 ha tudiaaa!

Macam2 aksi bot kami. kami dibahagikan kepada 4 group. instructor kami dah kasi balance mana2 yg badan tiptop tu kenalah grouping dgn bdn2 keding! baru adil gituuu!
hehe. ok let set go!!

paddle forward!!
back paddle!! move front! hold on!!!
Ha, ni antara arahan-arahan yg diberi oleh instructor semasa berwater rafting! kena alert dgn arahan instructor tau kalau taknak bot korang terbalik!! hahaha

yang kuning ni bot team aku! serammmm ! 

Apa2 pun, water rafting ni memang mencabar! bukan senang nak mendayung ye. nak jaga dari terjatuh lagi. ada juga antara rakan2 kitorg yg tercampak ke sungai tapi no worry.. safety jacket ada! 

 santai sekajap sebelum meneruskan water rafting!

Selesai water rafting, kami kembali ke kem dengan penuh rasa lega. siap sedia utk lunch!

Mini explorace diadakan pada sebelah petang. kami dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut team water rafting tadi.
Mini explorace kami terdiri daripada: menyumpit belon, mencari udang, mendirikan batu secara tegak dan meleraikan ikatan tali.

Menarik kan? Pengalamam yg cukup berharga! susah nak dapat kat mana2. korang ingat kalau balik kl nanti, korang ada masa nak menyumpit belon? nak cari udang bagai? hehehe

kat sini la belon-belon digantung. cukup klasik rumah kayu ni kan?

 Penat lelah berbaloi juga apabila team aku "Retaliation" mendapat tempat pertama dlm mini explorace ni. tapi, hadiah xde sebab kami suka2 dan utk enjoy semata-mata. hehe

Mini explorace mengakhiri FAMDA kami di sini. sebelum pulang, kami sempat bergambar sebagai tanda kenang-kenangan bahawa kami pernah menjejakkan kaki ke Kem Murni ini.


TERIMA KASIH KEM MURNI!
Tq juga White Water Rafting RAFTASIA yang memberi kerjasama penuh dlm menjaga kami semua dan menjayakan misi FAMDA ini.
Tq jugak pihak catering makanan..ya ampun..makanan kat sini mmg tip top! sedap amat!

Dan setinggi-tinggi tahniah kepada AJK-AJK FAMDA - Tan Sri Yudi, Coach & semua yg bertungkus lumus memastikan hari keluarga ini berjalan lancar. 

Utk semua yg bersama-sama merealisasikan dan menjadikan FAMDA ini suatu event yg cukup amazing, TAHNIAH jugak buat korang!

Terima kasih kerana menceriakan hari-hariku di sana..

ok, jom pulang ke KL! 

Tadaaaa! jumpa lagi di FAMDA 4.0!!!