Pages

Thursday, December 31, 2015

^NEVER can end^

NEVER can end?
kenapa?
year per year...boleh cam kan muka2 mereka...

Semalam punya cerita yg TAKKAN PERNAH BERAKHIR!
Lokasi kami, NU Sentral. paling senang. paling mudah. 
In bracket (dekat dgn rumah Iman wei!.. ahaks)

Jom terjah aktiviti apela yg sampai tak berakhir ni?
Kami sempat singgah di ICE WATCH, NU SENTRAL. tempat di mana Uncle Rocky bekerja. ha.. tu usha2 jam, nak beli ke?
dikatakan NEVER CAN END oleh kerana, si "Rocky"yg bekerja kat sini.. takkan putus2 la rakan2 Chelsea menjenguk beliau kat sini. including myself. NU Sentral ni kan laluan utama perhubungan awam. so, siapa boring2 boleh singgah kedai ICE WATCH Rocky. boleh bodek2 uncle utk dapatkan staff price!

 Aktiviti utama kami hari ini bermula. Bismillah...
makan ayam! KFC.. idaman ku selalu gituu...
Pilihan kami, beli yg COMBO: 15 pieces.. semua dapat merasa... siap dgn udang apa tah. Imang panggil udang KEPCI je!
 apa yg NEVER CAN END kat sini?
AYAM! yang akan jadi my favourite food.
DOA! yang dibacakan oleh ustaz Syamim.
MAKAN, BERBUAL & BERKUMPUL BERSAMA! yg jarang2 dapat kita rasakan.

Paling rare adalah SENYUMAN ! susah nak dapat kat mana2. 
Iman rasa.. kawan2 Iman ni dalam kepala diorg..terlalu byk permasalahan kehidupan yg perlu diselesaikan. tapi, tetap TERSENYUM. 
Setiap orang kan punya masalah yg berbeza2...
 tak lama, iman curi masa korang 1 jam sahaja utk senyum. Semoga dgn senyuman ini sedikit sebanyak dapat meredakan apa jua kesulitan yg korang hadapi..

SENYUMAN - Never can end. Harap ia akan terus kekal begitu.

Selesai menjamu selera kepak, peha, dan dada ayam,.. juga kentang2 yg dikisar2.. 
kami mula menulis!
si Rocky mencari sudut paling jauh dari meja utama kani. 
Ada sesuatu yg ingin diluahkan? lama tau Uncle ni menulis... hehehe..bikin karangan 
kot ;p

tak dapat tulis ats kad kuning?? sampul kad pun jadi laaa..............

abam baju biru.. ambil sudut paling hujung jugak. 
khusyuk mengarang ayat istimewa.. tak boleh meniru katanya ;p

YES! finally, OUR CARD IS READY! 
Simple but nice. bagi lah credit sikit! 
tulisan bercampur aduk. ada lawoooo..ada buruk. hahaha. 
tak penting semua tu.. apa yg lebih penting adalah apa yg cuba disampaikan di sebalik nota ringkas tersebut.
 Hasil dari kad kuning ini, apa yang NEVER CAN END?
WISHES! tulis lah mcm mana sekalipun, yg penting isi kandungannya akan dijadikan ingatan sampai bila-bila cc Syamim.

Sampai penghujung cerita NU Sentral hari ini. 
Keluar dari KFC, kami bergambar lagi. in 3, 2, 1!! Action!
Gambar kenangan ! NEVER CAN END.

Actually, aktiviti makan2 ayam ni sempoi sahaja sempena meraikan si SYAMIM yg akan berhijrah ke Penang. takdela plan sgt. siapa yg sudi, redah aje la... iman sendiri tawakkal tu alawlah je...kalau iman sorang pun still celebrate jugak as long as yg diraikan tu ada. ekekeke. anyway, thx guys sebab sudi tetiba terjah NU. ;p

Say "hye" to Syamim. Kad Kuning itu adalah utk beliau. yg paling kiri itulah insan yg diraikan. hensem tak?

SemogaPERSAHABATAN ini takkan pernah berakhir. NEVER CAN END! 

Dedicated to Syamim:
Thanks for all those times when u helped me in any tasks for our group. It will be difficult to fill the void created by your absence here.Best of luck, friend! 
Enjoy your new job there.
WE are anywhere forever.

Imang macam biasa... selfie ayam!


Tuesday, December 29, 2015

.Memperingati Rasulullah S.A.W. 12 Rabiulawwal 1437 Hijrah.

12 Rabiulawwal 1437 Hijrah bersamaan hari Khamis, 24 Dec 2015.
Penghujung 2015. 
Pengisian yg cukup bermakna kepada seseorang seperti hamba yg rindukan 
Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum ummat Muhammad s.a.w...
Salam Maulidurrasul buatmu junjungan besar nabi kami... 

Hari ini, kami jelajahi ibukota yang penuh cerita duka dan lara..
Hamparannya penuh dengan ratusan ummatmu yang bertebaran di muka bumi ini di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur..
Lokasi kami tertumpu di sekitar Sogo, KL..

Apa yang ada di sana?
Jom terjah!!!

2.30 petang- baju Kindness! gagah bersiap sedia dengan baju Kindness kesayangan kami. 
Siap siaga! tak sabar nak memenuhi misi hari ini. 
Tuhan, permudahkanlah urusan kami.. amin.

Sekitar jam 2.45 petang - briefing dari para admins Kindness mengenai pengisian hari ini. 
Sesi pengenalan. Tujuan berkumpul hari ini? bukan utk shopping di Sogo ya;p
 untuk siapa? 
bagaimana perlaksanaannya? 
Semuanya diterangkan satu persatu. cukup kemas!
kagum dengan semangat perjuangan mereka..
 mukaddimah dari para admins Kindness a.k.a Person In Charge 

 cara nak snap gambar pun diterangkan tau! tak rugi kalau korang join

 para volunteer tekun mendengar sesi briefing

ha tengok tu! abg2 Kindness yang budiman siap ajar cara terbaik utk ambil video..

3.00 petang - Pengisian hari ini dimulakan dengar mengedar kisimis percuma kepada orang awam di sekitar kawasan tumpuan. kenapa mesti kismis?
Baginda s.a.w. kan mengajak ummatnya supaya memakan manisan seperti kismis. Sempena Maulidurrasul hari ini, inisiatif ini diambil bagi memperingati ajaran sunnah Rasulullah s.a.w. 
Kismis ini diberi secara percuma. 
Alhamdulillah..
Sekotak kismis ni cute je. comel! tapi isinya penuh makna. Di luar kotak kismis tersebut ada tertulis.. "there is reward for kindness for every living thing"
Fahami maksud kata2 di atas.. 

Gigih para sukarelawan Kindness mencari penerima kismis percuma ini. Bukan senang ye nak memberi. Iman sendiri menghadapi kesukaran semasa melakukan pemberian pertama kismis tu, rata-rata menolak. Mungkin tanggapan mereka, kismis itu berbayar. Maklumlah kalau di ibu kota ni, pelbagai ragam org yang menjual barang. kata mereka "ambil lah". but at the end, kena bayar. 

Tapi, Iman cuba lagi untuk memberi. Dan akhirnya, Iman berjumpa dengan penerima kismis seperti gambar di bawah. Iman terangkan bahawa ini adalah kismis percuma. Mula-mula, ragu-ragu untuk mereka terima (risau akan dikenakan bayaran barangkali) tetapi apabila Iman jelaskan bahawa ini adalah kismis percuma sempena MAULIDURRASUL, terus mereka ambil dan tersenyum.

Gambar di bawah adalah dari lensa kamera Iman sendiri. Iman seru mereka.. "buat macam ni.. sambil tunjukkan kotak kismis yg mereka terima.. dan senyummmmmmm " 
ha... gitu..


Antara salah seorang penerima Kismis dari Kindness. 

Dari kejauhan, kami perhatikan agak lama juga sembang mereka.. 
 mungkin sedang cuba memahami apa yang cuba disampaikan... 


Sehingga akhirnya si penerima TERSENYUM sambil menepuk-nepuk bahu para volunteer. Mungkin ada sesuatu yang menambat hati si penerima ini hasil dari perbualan mereka..

Sekitar jam 4.00 petang, hampir 800 kotak kismis berjaya diedarkan kepada orang awam. Syukur..Tuhan permudahkan urusan kami.
Kami semua berkumpul untuk share pengalaman setelah menjayakan program hari ini..

Jom tengok reaksi volunteer Kindness yg bertungkus lumus bersama kami pada hari bertuah ini..

Senyuman macam ni lah yang kami mahukan.. 
senyum ikhlas tanda syukur menyelesaikan tugasan hari ini ;p
  
"Tak Sangka, hanya dengan sekotak kecil kismis, dapat menyentuh hati mereka.. lebih2 lagi di hari ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.", luahan hati salah seorang volunteer Kindness Malaysia.

Gambar beramai-ramai antara agenda yang perlu kami kongsikan kepada semua. Antara implikasi positif program ini, persahabatan kami kerana Allah.. program sebegini menyatukan kita semua.. merapatkan ukhuwwah.. yang tak kenal, pun akan keep in touch selepas program ini.. 
welfie wajib dari Iman dan para volunteer..terima kasih kalian yang budiman..
.......................

Jadi, jawapan kepada persoalan pada awal kisah Iman ini dah terjawab kan?

Program apa? 
-Projek Baginda iaitu projek memberi kismis percuma kepada orang awam sempena Maulidurrasul. Projek Baginda ini merupakan salah satu projek tahunan KINDNESS MALAYSIA. Projek Baginda 2015 ini difahamkan turut diadakan di negeri-negeri lain seperti Pahang, Perak, Kedah, Johor dll. Tak percaya? :-)
 Bole like page KINDNESS MALAYSIA atau follow instagram kami. 
Search sahaja "KINDNESS MALAYSIA" 
check it out ya!

Tujuan? 
-Memperingati Rasullullah s.a.w.. 
- mencontohi sifat2 baginda, mengamalkan sunnah2 baginda..

Kesan? 
- Mengajak orang lain melakukan kebaikan
- memberi dengan ikhlas
- merapatkan silaturrahim sesama kita
- senyum itu sedekah
-menambah pahala
-Tepuk dada, tanyalah IMAN kalian..

Akhir bicara, TERIMA KASIH ALLAH.. kerana mempermudahkan urusan kami.. 
TERIMA KASIH KINDNESS MALAYSIA atas inspirasi ini. Semoga kita akan terus melakukan kebaikan di masa-masa akan datang..

Salam maulidurrasul buat semua..

ingatlah bahawa "Barangsiapa menunjukkan kepada KEBAIKAN, ia akan mendapatkan pahala seperti orang yang mengerjakannya" (HR: Muslim)


p/s: banyakkan istighfar..
kerana kita semua pendosa.. 

Iman Nur Alia,
_Volunteer Kindness Malaysia_









Tuesday, December 22, 2015

_Dari Kaca Mata..hamba_

Dari kaca mata hamba..

Nampak mudah
Ke sana sini membawa makanan
Beriringan..
Ya.. memang nampak mudah
Tetapi perlaksanaan nya sedikit sukar kepada yang baru memulakan rentak memahami setiap inci implikasi program Feed The Homeless ini..

Bagaimana kita mampu mengumpul manusia seramai ini di tengah malam ketika rata-rata yang lain sedang lena diulit mimpi?
Bagaimana kita secara jujurnya cuba menjelaskan agar mereka faham bahawa niat kita itu perlu ikhlas.. menolong yang tidak mampu.. bukan untuk nama semata-mata..
Bagaimana pula pengagihan makanannya? Adakah ada pembaziran di situ?
Dan bagaimana pula kita memupuk rasa berani berdepan dengan pelbagai karenah gelandangan di sekitar ibu kota ini ketika kita masih takut-takut menghulurkan bantuan makanan..??
Memang semuanya tidak semudah seperti yang kita sangkakan..

Biarlah satu dunia mengecam tindakan kami ini..
Biarlah…
Mungkin kata mereka…kenapa perlu dimanja mereka-mereka yang di sana?
Saban minggu memberi makan secara percuma kepada mereka?
Tidakkah menambah manja di dalam diri mereka?
Arghhhh…!!
biarlah di dunia mana pun kalian berkata-kata..
Kami tetap dengan tujuan dan misi kami…membantu mereka seikhlasnya..
Sekurang-kurangnya mereka gembira…

Apa guna bersengkang mata di tengah malam di ibu kota?
Bukankah itu lebih baik dari merempit membabi buta??

Tepuk dada..
Tanyalah iman anda..



_Iman Nur Alia_

Volunteer
Kindness Malaysia

#FeedTheHomeless
#ByEveryoneForEveryone


Monday, December 21, 2015

_Di Rooftop ini_

Di rooftop ini
>>..........................<<

Hamba
Gigih menjelajah
ke ruang paling atas

Di rooftop ini
Rencahnya berbeza
Sulamannya penuh warna

Betapa indahnya!

Di rooftop ini
Hamba dalami kisah ceritera mereka
Penuh sayu
Pilu…
Dan adakala gembira

Di sini
Hamba selami fatamorgana di bawah sana
Yang nyata
Jauh dari ketenangan di rooftop ini

Di rooftop ini
Hamba masih alpa
Masih leka
Merungkai seribu satu makna
Di sebalik liku-liku
Kehidupan hamba sendiri

Di rooftop ini

Hamba..
Masih setia
Kekal gagah mengejarmu,
Iman...

_DiRooftop ini_
Jalan Panggung, Kuala Lumpur..

Hamba,
_ilham_Suci






Tuesday, December 15, 2015

ProjekTiket bersama KINDNESS MALAYSIA

11 Disember 2015 - 

Jumaat yang indah dengan iringan renyai-renyai hujan.. hamba lalui perjalanan petang itu dari Kuala Lumpur ke Terminal Bersepadu Selatan dengan keadaan jalan raya yang agak sesak demi sebuah misi.

Keterbatasan waktu bukanlah penghalang untuk hamba lunaskan apa yang hamba terima hasil dari ruang dan peluang yang telah diberi oleh pihak Kindness Malaysia untuk merealisasikan misi kami pada hari ini.

Misi ini kami simpulkan sebagai “ProjekTiket” dengan motif utama memberi duit tiket bas secara percuma kepada mereka-mereka yang ingin pulang ke kampung halaman atau ke mana-mana destinasi pada malam tersebut.

Menggalas amanah sebagai perakam video dari sudut tertentu untuk merakam reaksi wajah yang terpancar di setiap wajah-wajah bertuah pada malam itu bukanlah sesuatu yang mudah. Merakam secara rahsia atau dalam erti kata “senyap-senyap”.
Fuhhhhh… sedikit gementar juga hamba. Menegur orang awam secara spontan juga bukan suatu tugasan yang mudah.
Tetapi dengan semangat dan kerjasama rakan-rakan Kindness yang lain, alhamdulillah.. misi ini tetap diteruskan juga.

“ProjekTiket” dimulakan dengan briefing sebagai mukadimah kepada apa yang wajar dan tidak wajar kami lakukan. Penerangan ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran awal bagaimana perlaksanaan “ProjekTiket” ini.

Seawal jam 8 malam, dengan namamu Allah.. kami mula bergerak ke lokasi utama di kaunter-kaunter tiket bas bagi mencari sasaran-sasaran penerima “ProjekTiket”. Sukarelawan-sukarelawan yang lain mula mengambil posisi masing-masing dan watak-watak para pelakon dari Kindness mula memainkan peranan.

Hamba mula bergerak..merakam reaksi dan perbualan si pembeli tiket bas. Rata-rata meraka tidak menyedari kehadiran kami. Pelakon kami beratur dari belakang penerima-penerima “ProjekTiket” dan sekali kala para pelakon kami mencelah memulakan perbualan dengan golongan sasaran. Sampai di kaunter tiket, para pelakon Kindness terus meletakkan duit tiket percuma beserta nota “KAMI BAYARKAN TIKET BAS ANDA. SEMOGA SELAMAT PULANG & LUANGKANLAH MASA BERSAMA KELUARGA ANDA” semasa mereka mula mengeluarkan duit dari dompet mereka untuk membayar tiket bas.

Wah! Macam-macam reaksi riak muka yang terpampang dari wajah mereka. Ada yang terkejut, ada yang terpinga-pinga dan paling best yang tersenyum tu buat hamba rasa seronok sangat. Eh! Ada juga yang buat dekkk je… alahai.. terkejut agaknya.. atau mungkin tidak menyedari duit free di depan mata tu adalah untuk mereka.

Dalam hati .. ALHAMDULILLAH… syukur kerana mereka gembira sebab dapat duit secara percuma. Siapa yang tak nak duit free kan? Tetapi hamba lebih gembira jika mereka dapat mendalami apa yang kami cuba sampaikan pada hari ini. InshaAllah…

Pun begitu ada juga halangan demi halangan yang kami tempuhi sepanjang melaksanakan “ProjekTiket” ini. Sasaran kami ada yang tak jadi nak beli tiket dan ada pula yang kehabisan tiket bas. Jadi, kami terpaksa mencari sasaran lain pula. Kalau tak sabar ni, memang terbaring lah kat situ kan.. maklumlah letih sebab lama berdiri kan. 

Di saat-saat “ProjekTiket” ini berakhir, ada juga yang cuba mmenawarkan hamba untuk memberi duit tiket kepada sasaran. Allah.. rasa macam nak buat macam tak nak buat pun ada. Hamba bukan seorang yg confident utk menegur orang secara tiba-tiba di khalayak ramai. Arghhhhh…. !
Last but not least, hamba terpaksa menolak tawaran tersebut dek kerana kurang confident dalam diri. Bila nak ada confident dalam diri ni, iman? 

Golongan sasaran “ProjekTiket” pada hari ini kami pilih secara rawak, ada student, ada orang perseorangan, ada keluarga yang bersama anak, ada pak cik dan mak cik dan ada juga seorang pelancong asing.

Dengan tujuan utama MEMBERI INSPIRASI kepada orang ramai unuk melakukan kebaikan kepada semua, hamba rasakan “ProjekTiket” ini telah berjaya menambat hati sasaran kami pada hari tersebut. Hamba yakin meraka akan berkali-kali membaca nota ringkas dari Kindess dan pasti tersenyum sendiri di dalam bas sepanjang perjalanan menuju ke destnasi masing-masing.

Besar harapan hamba agar “ProjekTiket” ini dapat memberi ilham kepada bukan sahaja orang ramai yang berada di TBS pada hari ini tetapi kepada semua pembaca coretan ini untuk melakukan kebaikan kepada orang lain.

TERIMA KASIH ALLAH kerana menghadirkan KINDNESS kepada hamba dan rakan-rakan sukarelawan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai agar melakukan kebaikan kepada semua tidak kira siapa pun mereka. Hamba percaya setiap kebaikan yang kita lakukan dengan ikhlas, DIA pasti akan membalas dengan kebaikan juga.

Hamba percaya setiap dari meraka yang terlibat dengan “ProjekTiket” ini punya jiwa-jiwa yang besar untuk terus bergabung tenaga memberi inspirasi kepada semua agar melakukan kebaikan. Ukhuwwah fillah-persahabatan kerana Allah juga hamba rasakan telah lama tersemat di jiwa-jiwa mereka.

Selamat maju jaya KINDNESS MALAYSIA!!

Sedikit pesanan buat semua…

Lakukanlah semua kebaikan dengan IKHLAS:
- dengan segala kemampuan yang kita ada
- dengan pelbagai cara selagi ia tidak melampaui batas
- di setiap tenpat yang dirasakan sesuai
- di setiap saat dan masa terluang yang kita
- kepada SEMUA orang
- selagi nafas kita ada

ilham rasa seorang “hamba”,
_IMAN Nur Alia_

Sukarelawan
Kindness Malaysia
#ByEveryoneForEveryone

Tuesday, August 11, 2015

:Al fatihah...:

Syawal 24, 1436 H bersamaan 9 Ogos 2015.. 
Perginya nenda yg dikasihi utk selamanya..
............................................................................
Bera, Pahang.
menjadi lokasi terakhir iman bersama nenda..
perit..
memang perit merasa kehilangan
lebih perit menenangkan hati sang bonda yg kian bergenang air matanya..
bertabahlah wahai bonda..

setiap yg hidup itu pasti merasai mati..
Allahu.. teringat iman akan dosa2 yang takkan pernah terhitung..
bagaimana nantinya saat-saat kematianku?

Tenanglah di sana duhai nenda..
kami di sini akan selalu rindukan nenda
akan doakan kesehjahteraan nenda di sana..

Legasi nenda ini akan kami jaga sebaik-baiknya..
ukhuwwah ini akan selalu kami bina..
inshaAllah..

Nenda.. 
maafkan iman .. 
dek kerana keterbatasan waktu, tidak sempat uk menatap wajah nenda buat kali terakhir..
sedikit terkilan.. tiba di sekitar tanah perkuburan, 
tanah sudah dikambus rapat..

nenda..
si iman ini masih lagi tercari-cari di mana hilangnya si dia..
doakan iman bertemu si dia ya nenda..
perjuangan ini akan iman teruskan..

iman yakin..
nenda akan selalu bersama kami semua..


alfatihah..semoga nendaku ditempatkan bersama org2 yg beriman..

Nenda,
DosaImanTiadaTerhitung............. :-(

Friday, July 10, 2015

_Dosa Yang Tak Terhitung_

ALHAMDULILLAH...

Cepat betul rasanya masa berlalu.. Ramadhan makin jauh tinggalkan kita...

Terasa belum cukup amalan utk dibawa ke sana nanti..
terasa RINDU dgn pengisian sepanjang Ramadhan kali ini..
rasanya setahun sekali iman buat kerja2 spt ini..
kerdil betul rasanya bila kenangkan dosa yang tak terhitung..
:-( 


 Semoga anak2 yatim ini kekal dalam perlindungan yg Esa...



i_man...^
#DosaYangTakTerhitung

Saturday, June 20, 2015

^Ramadhan 1436H^

Tetaplah berjalan
walau dalam menangis
jangan pernah berhenti
tabah!
seperti bertahun-tahun yg telah berlalu.

Bumi bersejarah
aku terlalu rindu
dan akan kembali
di suatu hari yang pasti.

Keluarga.
maaf untuk segala luka.

Allahku..
Lindungi aibku & keluarga.

#TawaDalamTangisan_alia_