Pages

Monday, April 11, 2016

Di situ ikhlas bermula....

Mungkin pernah kita memberikan sesuatu kepada sahabat atau teman bahkan kepada orang yang terdekat dengan kita. 

Mungkin harta yang kita berikan itu merupakan harta kesayangan kita atau harta yang tidak kita perlukan lagi tetapi masih boleh digunapakai. 

Dan setelah memberinya, kita tidak lagi berharap mendapat balasan ke atas apa yang telah diberi atau mengharap balasan yang lebih besar. 

Di saat kita dapat melupakan apa yang pernah kita berikan atau sumbangkan itu, maka.. di situlah ikhlas bermula..

Ikhlas bukan hanya untuk memberi dan mengeluarkan harta, ikhlas merupakan sifat yang wajib dimiliki setiap insan.

khlas ketika menerima ujian dan musibah dari Allah akan membuat kita muhasabah diri dan mengenang kembali apa yang telah kita lakukan.

Ikhlas menerima penghormatan dan pujian daripada orang akan membuatkan kita rasa lebih dekat dengan Allah atas semua nikmat yang diberikan.

Kunci bagi segala amal dan perbuatan adalah ikhlas.

Letakkan ikhlas pada tempatnya, ikhlas menerima kritikan kerana daripada kegagalan membuatkan kita akan berusaha lebih kuat daripada orang lain.

Namun jangan ikhlas menerima penindasan kerana tiada kata ikhlas dalam sebuah kezaliman.

Jadilah raja di hati setiap manusia.
Sesiapa menjaga hubungannya dengan Allah, maka Allah menjaga hubungannya dengan manusia.

Semoga kita dapat menjadi hambaNya yang mukhlis. InshaAllah..

Amin..

Thursday, April 7, 2016

^Futsal Piala Kindness 2016 penuh memori^

Seribu satu kegembiraan terpancar di wajah kesemua yang ada di hari penuh bersejarah terutama anak-anak syurga yang datangnya dari 36 buah pasukan dari Rumah Anak-anak yatim, miskin, asnaf, madrasah, rumah-rumah kebajikan & pelarian perang sekitar KL/Selangor, Pahang, Kedah & Negeri Sembilan.

Persiapan seawal mungkin para jawatankuasa Kindness Malaysia sehingga ke keringat yang terakhir.. semuanya alhamdulillah.. tampak lancar..
setup PA System pada malam sebelum kejohanan
Iman sempat ke lokasi futsal pada malam sebelum kejohanan untuk menolong mengagihkan barangan di dalam goodies bag. Hampir 600 goodies bag akan diberi kepada anak-anak syurga, para volunteer dan media. 


para sukarelawan gigih mengangkut beras 

Tarikh 3 APR 2016 menyaksikan segala-galanya di sini..
mengumpulkan rasa cinta pada sukan futsal selain berpesan pada diri bahawa sebagai hamba, kita semua adalah sama, tiada yg berbeza di sisiNYA.. 

Kejohanan terbesar FUTSAL Kindness Malaysia ini melibatkan lebih 500 Anak-anak yatim, miskin, asnaf, madrasah, rumah-rumah kebajikan & pelarian perang, 200 sukarelawan, para NGO, para penaja & media (astro).


bunting & banner yang terhidang dengan logo para penaja yang budiman




perasmian Futsal Piala Kindness 2016 oleh rakan2 NGO yang terlibat


ZUMBA yg dipimpin oleh saudari Angel sebagai pemanas badan sebelum kejohanan bermula


sesi briefing kejohanan daripada wakil team Soljabiru 


gelagat adik2 yang cukup menggembirakan kami semua


football free-stylor, saudara Iqbal dari Chelsea Soljabiru memeriahkan suasana


 salah satu pasukan dari Negeri Sembilan. Ar-Rayyan FC yg dipimpin oleh saudari Siti dan Hafiz selaku team manager


Food Island- melimpah ruah makanan hasil sumbangan orang ramai



Kambing perap yang sangat enak juga dihidangkan kepada tetamu yg hadir. "D'Pedas Kambing Perap" merupakan penaja rasmi tshirt utk para volunteer dan kesemua yang terlibat pada hari tersebut


kek Futsal Piala Kindness 2016


watak star Wars  juga kelihatan. iman sempat bergambar bersama beliau dan rakan2 volunteer yg lain. Cik Nona Manis pun ada ;-)

 Futsal persahabatan antara Chelsea Soljabiru vs LBK juga diadakan


 penyampaian cenderahati kepada para pengadil


bertukar-tukar cenderahati di antara co-organizer CHELSEA Soljabiru dan Kindness Malaysia

Antara part paling penting dlm event futsal-Format, Jadual perlawanan & result. Menjalankan tugas sbg peng'update result bukanlah sesuatu yg mudah lebih2 lagi kpd seorang wanita.Banyak cabaran ditempuhi sebelum & sepanjang kejohanan.
Iman setia menyudahkan segala jadual yang tertangguh sambil2 mempromosikan kereta Haval M4 tajaan Go Auto. Kereta ini merupakan kereta rasmi Futsal kindness Cup 2016.


Bermula dari undian kumpulan,jadual & format perlawanan utk kesemua pasukan mewakili rumah anak-anak yatim,asnaf,madrasah,rumah2 kebajikan & pelarian perang..juga minda diuji bilamana schedule di re-arrange semula.. ref card dicarik2 sehingga jam 3 pagi.. 

kelibat kak siti, hafiz dan fatin semasa undian kumpulan

Memenuhi kehendak semua utk menjawab setiap pertanyaan jadual perlawanan di white board.. perlu fokus 250% bila meng update result. Kdg2 dlm situasi2 tertentu 3+3 pun akan jadi 18 apabila konsentrasi anda terganggu..
Kalau diikutkan rasa,nak je benarkan semua utk melepasi garisan merah putih itu tetapi apakan daya rules is always a rules.


Iman sempat mewelfiekan diri bersama-sama geng Chelsea Soljabiru 


Res Sniper selaku assistant iman pada hari event



tq adik2 dj yg ensem dan manis yg pasangkan lagu2 dari pen drive akak :-)

tq Pocari Sweat sebagai penaja rasmi minuman sebelum (training futsal) dan sepanjang kejohanan 

geng2 fisioterapi yang memastikan kesihatan adik2 sepanjang kejohanan


#amitiebooth selaku penaja photobooth sepanjang kejohanan




adik-adik menyerbu booth #amitie


geng LBK juga menyumbang permainan lego utk kanak-kanak


Tq juga utk penaja medal Piala Futsal Kindness 2016, penaja 100 jelly kelapa & 500 aiskrim jelly yang menghubungi Iman sendiri utk menjadi penaja juga para penaja Nur Iman FC Rompin juga kesemua para penaja lain yg terlibat.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.

adik-adik Nur Iman (Rompin) juga menerima sedikit sumbangan sebagai pemberi semangat untuk berfutsal. Nur Iman FC dipimpin oleh Kindness Pahang & Chelsea Solkuan.


Pelbagai hamper, sijil dan hadiah-hadiah lain turut mewarnai futsal Piala Kindness


Piala Pusingan kategori Lelaki & Perempuan dan cenderahati pengadil sumbangan Chelsea Soljabiru


medal untuk pemenang tempat pertama hingga ketiga bagi kedua-dua kategori

Keputusan penuh perlawanan: 

LELAKI
Juara: Somali (Somali Community Center, Gombak)
Naib juara: Siddhartan (Rumah Perlindungan Siddhartan PJ)
Ke3: Asdaf (Asrama Darul Falah Bukit Persekutuan)
Ke4: MSRI (Malaysian Social Research Institute, Ampang)


JUARA LELAKI : SOMALI FC

JUARA PEREMPUAN : PKTM

PEREMPUAN:

Juara: PKTM (Persatuan Kebajikan Taman Melati)
Naib juara: Asdaf (B) (Asrama Darul Falah Bukit Persekutuan
Ke3: Chowkit (Yayasan Anak-anak Chowkit)
Ke4: RKH  (Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras)

Player terbaik lelaki

- Abdul Kadir (Somali)

Player terbaik perempuan

-Sharifah Nabila (PKTM)

Apa yg lebih penting VVIP kita iaitu anak2 syurga ini semua gembira di hari event..Alhamdulillah.. 

Objektif event ini ternyata tercapai dengan jayanya..memberi kegembiraan kepada anak-anak syurga ini dan memberi inspirasi kebaikan kepada semua..


Kalau bukan kita, siapa lagi yang dapat mengetengahkan bakat-bakat terpendam anak-anak ini dalam sukan futsal?



Cukup besar peranan Kindness Malaysia dalam menyatukan kesemua anak-anak ini di dalam suatu event yang besar setiap 2 tahun sekali, selain turut mengilhamkan idea kebaikan dari pelbagai aspek termasuklah hasil dari tajaan seikhlas hati masyarakat sekeliling, tenaga kerja para sukarelawan yang sanggup turun padang memerah keringat juga kesepakatan yang ditunjukkan dalam melancarkan program kebajikan seperti ini.

Semoga inspirasi KEBAIKAN ini dpt diteruskan oleh semua..




 Bagi pihak jawatankuasa jadual,format & peng'update result kejohanan Futsal Piala Kindness 2016 mengucapkan syabas & tahniah ats kejayaan menganjurkan event spt ini. Tq utk setiap keringat yg mengalir & masa yg kalian korbankan.😊
Maaf bagi pihak kami utk apa jua kekurangan..
......................................


Hari itu
aku kenal erti kita
kita yang setia berada di sana
kita yang tak pernah jemu menyantuni mereka
kita yang tanpa lelah, bersatu menyatukan mereka
semoga erti kita ini akan terus tersemat dalam jiwa 
dan akan melahirkan kita yang lain di mana-mana jua

"KITA"

#volunteer
#KindnesMalaysia
#ByEveryoneForEveryone