Pages

Monday, April 11, 2016

Di situ ikhlas bermula....

Mungkin pernah kita memberikan sesuatu kepada sahabat atau teman bahkan kepada orang yang terdekat dengan kita. 

Mungkin harta yang kita berikan itu merupakan harta kesayangan kita atau harta yang tidak kita perlukan lagi tetapi masih boleh digunapakai. 

Dan setelah memberinya, kita tidak lagi berharap mendapat balasan ke atas apa yang telah diberi atau mengharap balasan yang lebih besar. 

Di saat kita dapat melupakan apa yang pernah kita berikan atau sumbangkan itu, maka.. di situlah ikhlas bermula..

Ikhlas bukan hanya untuk memberi dan mengeluarkan harta, ikhlas merupakan sifat yang wajib dimiliki setiap insan.

khlas ketika menerima ujian dan musibah dari Allah akan membuat kita muhasabah diri dan mengenang kembali apa yang telah kita lakukan.

Ikhlas menerima penghormatan dan pujian daripada orang akan membuatkan kita rasa lebih dekat dengan Allah atas semua nikmat yang diberikan.

Kunci bagi segala amal dan perbuatan adalah ikhlas.

Letakkan ikhlas pada tempatnya, ikhlas menerima kritikan kerana daripada kegagalan membuatkan kita akan berusaha lebih kuat daripada orang lain.

Namun jangan ikhlas menerima penindasan kerana tiada kata ikhlas dalam sebuah kezaliman.

Jadilah raja di hati setiap manusia.
Sesiapa menjaga hubungannya dengan Allah, maka Allah menjaga hubungannya dengan manusia.

Semoga kita dapat menjadi hambaNya yang mukhlis. InshaAllah..

Amin..