Pages

Wednesday, May 16, 2012

:: Terima Kasih mama & Cikgu ::

Sesekali menghias diri di depan cermin...
Terhenti terperasan semula kekurangan yang terpamer di wajah...
Apabila bermuhasabah diri, terlintas banyak juga kesilapan yang telah dilakukan 
di siang hari...juga di malam hari
kesilapan demi kesilapan
Memang adat manusia, ada ketikanya bertindak gopoh mengikut perasaan hati 
atau terlalu lembab kerana terlalu banyak berfikir...
Terkadang sukar menimbang dengan fikiran
Maklum saja lah, terkadang masalah menerjah di kala kita tidak bersedia
.terus panik.
.gelabah.
Hingga kurang pertimbangan dalam membuat keputusan.
iNilah situasi yang melanda aku...bukan orang lain..
ini motivasi utk diri aku...
uNtuk itu, sekalung penghargaan utk mama & para pendidik yg telah mengajar aku
sehingga menjadikan aku seperti hari ini
sehingga aku kuat & mampu berdiri di atas kaki sendiri..
aku mampu...
membaca...meneliti, mengenal dunia..lantas menggali ilmu akhirat..

Terima kasih tak terhingga...

SELAMAT HARI IBU, MAMAku...& ibu2 seluruh dunia
SELAMAT HARI GURU...utk semua para pendidik...

~...Dari seorang Iman...~