Pages

Wednesday, November 2, 2016

^Projek Petrol 2016^


Pada petang semalam sekitar jam 6 petang bersamaan 2 November 2016 kami, para sukarelawan Kindness Malaysia telah menjalankan aktiviti comel yang dinamakan Projek Petrol.
Tujuan utama adalah untuk menggembirakan para penerima dan menceriakan petang mereka berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.


Shell Chow Kit, Kuala Lumpur menjadi lokasi sasaran kami pada petang itu. Golongan sasaran adalah penunggang motosikal memandangkan kami memberi duit percuma sebanyak RM2 seorang untuk menampung kos minyak motor mereka.

Projek bermula dengan lancar. kami masing-masing menanti di setiap pam minyak untuk kenderaan motosikal. Menanti sasaran. Tak sabar rasanya melihat reaksi penerima.

Penerima iaitu seorang gadis tersenyum menerima duit minyak percuma


Rata-rata penerima menyambut baik duit RM2 ini dan menerima dengan hati terbuka. Ada yang terkejut seakan-akan tidak percaya akan dapat duit percuma. Dalam masa yang sama, ada juga para penunggang motosikal yang menolak pemberian kami. Agak mencabar juga. Bukan mudah ye nak menawan hati mereka. Ada juga yang berkata,” maaf dik, bagilah pada yang memerlukan” jawapan kami mudah, “untuk mereka, kami sudah ada projek lain bang. Jangan risau. Duit comel ini memang rezeki abg untuk hari ini”
Penerima gembira dan sempat mengukir senyuman


Apa sekalipun tolakan atauapun penerimaan mereka semalam, Alhamdulillah projek petrol berakhir dengan jayanya. Tersenyum lega kami melihat para penerima gembira dan tidak henti-henti ucapkan terima kasih kepada kami. Penat balik bekerja terus hilang pada petang itu.  



Sasaran kami juga tidak mengira bangsa, agama mahupun kedudukan. Kami berikan pada semua yang bertuah yang mengisi minyak di Shell tersebut.


Kami juga sempat mengisi tangki penuh kepada penunggang motosikal yang bertuah. Masing-masing beratur kemas, tak sabar nak menerima minyak percuma. Nak tau apa yang berharga pada masa ini? Senyuman mereka. 



Inilah antara barisan sukarelawan yang menjayakan misi petang itu. Alhamdulillah, misi kami tercapai. Mengukir senyuman dan dalam masa yang sama mengajak orang ramai untuk melakukan kebaikan tidak kira di mana jua pada bila-bila masa dan kepada semua golongan masyarakat.


Semoga nilai sekecil ini mampu buat anda tersenyum!


Semoga kebaikan sekecil ini dapat diterusakn oleh semua pembaca. Terima kasih penaja yang budiman! Terima kasih sukarelawan dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam melaksanakan misi ini.

Sukarelawan
Kindness Malaysia

No comments: