Pages

Tuesday, March 27, 2012

<:*:> 10 MiNit TERAKHIR <:*:>


Pada tulisan ku coret perjalanan

Pada lukisan ku baja kedamaian

Pada puisi ku madah perasaan

Pada gitar ku kongsi kesunyian

Pada lagu ku bicara melodi

Pada bintang ku sandar kenangan

Pada bulan ku nanti sinaran

Pada jiwa ku sandar harapan

Pada iman ku harap kepulangan

Pada hati ku tanam impian

Pada tangis ku titip senyuman

Pada siang ku buka lembaran

Pada malam ku pintal ketenangan

Pada sahabat ku doa kesejahteraan

Pada keluarga ku pohon keampunan

Pada Rasulullah ku mohon syafaat

Pada Tuhan ku panjat kesyukuran

atas segala dugaan kehidupan

untuk nafas yang masih sedia bertahan


..utk 10 minit terakhir.. “ku dakap Imanku dalam redha.. lalu, aku ikhlaskan semuanya kerana Allah”


Kaki Bola Episod 11-MBAS on air..again & again!!!