Pages

Friday, June 1, 2012

Zikra Rindu ~Episod Akhir~

Dan ketika diri masih meratapi Zikra Rindu
si dia berkata lagi...
Ungkapnya...
"Dalam hidup ini, kita diberi masa untuk merasa
dan kita akan pulang untuk dinilai dengan penuh adil dan saksama..
kerana sejauh mana kau merasa dukamu menghiris, aku telah merasakannya...
dalam dan menikam ke dalam dadaku..
Menusuk pedih mengatasi sendu
Sejauh mana kau merasa hidupmu sunyi dan disakiti..
aku juga telah merasakan kesunyian dan pernah disakiti.."
Katanya lagi.. Menangislah..
Dakapilah bait-bait perjalanan susah payah itu
Yang ia kemudiannya akan menunjukkanmu perjalanan jalan yang terang..
Pada saat kau berduka..
tiada pernah mahu kau bandingkan saat yang membuatmu ketawa..
Kerana bagimu cintaNya telah menjadi penawar untuk segala rasa..
Bisiknya lagi...
Aku cuma perantara Tuhan dengan kamu..
Dengan izin Allah.. aku dampingi kamu..hadirnya aku untuk membimbingmu..
Membantu kamu melalui jerih perit yang ku tahu sangat payah untuk kau tempuhi..

Maafkan aku untuk segala yang pernah tercipta antara kita..

Aku juga manusia biasa.. 
Yang terkadang tidak terdaya menempuhi semua keperitan..
Yakinlah.. "Allah itu tidak akan menguji jika ujian itu di luar kemampuanmu"
Aku yakin bahagia akan menjadi milikmu suatu hari nanti..
Walau bukan dengan aku
Moga dikau bertemu Imanmu...

Itulah antara pesanan dia..

Kata-katanya yang tercatat rapi..
Mengingatinya persis mengingati diri sendiri
belajar untuk menghargai..belajar untuk menempuhi..

Dan Kini..aku mengerti..dia telah temui kebahagiaan yang dia cari..
Alhamdulillah....
Dan aku.... turut merasa bahagia itu..bahagia bersama doa-doaku untukmu...
bahagia bersama Zikra Rindu.. ya.. Zikra Rindu kita...
Dan aku takkan pernah berhenti mencari..
terus menerus... mencari yang hakiki...