11 Disember 2015 -
Jumaat yang indah dengan
iringan renyai-renyai hujan.. hamba lalui perjalanan petang itu dari Kuala
Lumpur ke Terminal Bersepadu Selatan dengan keadaan jalan raya yang agak sesak
demi sebuah misi.
Keterbatasan waktu bukanlah penghalang
untuk hamba lunaskan apa yang hamba terima hasil dari ruang dan peluang yang telah
diberi oleh pihak Kindness Malaysia untuk merealisasikan misi kami pada hari
ini.
Misi ini kami simpulkan sebagai
“ProjekTiket” dengan motif utama memberi duit tiket bas secara percuma kepada
mereka-mereka yang ingin pulang ke kampung halaman atau ke mana-mana destinasi
pada malam tersebut.
Menggalas amanah sebagai perakam video dari
sudut tertentu untuk merakam reaksi wajah yang terpancar di setiap wajah-wajah
bertuah pada malam itu bukanlah sesuatu yang mudah. Merakam secara rahsia atau
dalam erti kata “senyap-senyap”.
Fuhhhhh… sedikit gementar juga hamba.
Menegur orang awam secara spontan juga bukan suatu tugasan yang mudah.
Tetapi dengan semangat dan kerjasama
rakan-rakan Kindness yang lain, alhamdulillah.. misi ini tetap diteruskan juga.
“ProjekTiket” dimulakan dengan briefing
sebagai mukadimah kepada apa yang wajar dan tidak wajar kami lakukan. Penerangan
ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran awal bagaimana perlaksanaan “ProjekTiket”
ini.
Seawal jam 8 malam, dengan namamu Allah.. kami
mula bergerak ke lokasi utama di kaunter-kaunter tiket bas bagi mencari sasaran-sasaran
penerima “ProjekTiket”. Sukarelawan-sukarelawan yang lain mula mengambil posisi
masing-masing dan watak-watak para pelakon dari Kindness mula memainkan
peranan.
Hamba mula bergerak..merakam reaksi dan
perbualan si pembeli tiket bas. Rata-rata meraka tidak menyedari kehadiran
kami. Pelakon kami beratur dari belakang penerima-penerima “ProjekTiket” dan
sekali kala para pelakon kami mencelah memulakan perbualan dengan golongan
sasaran. Sampai di kaunter tiket, para pelakon Kindness terus meletakkan duit
tiket percuma beserta nota “KAMI BAYARKAN TIKET BAS ANDA. SEMOGA SELAMAT PULANG
& LUANGKANLAH MASA BERSAMA KELUARGA ANDA” semasa mereka mula mengeluarkan
duit dari dompet mereka untuk membayar tiket bas.
Wah! Macam-macam reaksi riak muka yang
terpampang dari wajah mereka. Ada yang terkejut, ada yang terpinga-pinga dan
paling best yang tersenyum tu buat hamba rasa seronok sangat. Eh! Ada juga yang
buat dekkk je… alahai.. terkejut agaknya.. atau mungkin tidak menyedari duit
free di depan mata tu adalah untuk mereka.
Dalam hati .. ALHAMDULILLAH… syukur kerana
mereka gembira sebab dapat duit secara percuma. Siapa yang tak nak duit free
kan? Tetapi hamba lebih gembira jika mereka dapat mendalami apa yang kami cuba
sampaikan pada hari ini. InshaAllah…
Pun begitu ada juga halangan demi halangan
yang kami tempuhi sepanjang melaksanakan “ProjekTiket” ini. Sasaran kami ada
yang tak jadi nak beli tiket dan ada pula yang kehabisan tiket bas. Jadi, kami
terpaksa mencari sasaran lain pula. Kalau tak sabar ni, memang terbaring lah
kat situ kan.. maklumlah letih sebab lama berdiri kan.
Di saat-saat “ProjekTiket” ini berakhir,
ada juga yang cuba mmenawarkan hamba untuk memberi duit tiket kepada sasaran.
Allah.. rasa macam nak buat macam tak nak buat pun ada. Hamba bukan seorang yg
confident utk menegur orang secara tiba-tiba di khalayak ramai. Arghhhhh…. !
Last but not least, hamba terpaksa menolak
tawaran tersebut dek kerana kurang confident dalam diri. Bila nak ada confident
dalam diri ni, iman?
Golongan sasaran “ProjekTiket” pada hari
ini kami pilih secara rawak, ada student, ada orang perseorangan, ada keluarga
yang bersama anak, ada pak cik dan mak cik dan ada juga seorang pelancong
asing.
Dengan tujuan utama MEMBERI INSPIRASI
kepada orang ramai unuk melakukan kebaikan kepada semua, hamba rasakan “ProjekTiket”
ini telah berjaya menambat hati sasaran kami pada hari tersebut. Hamba yakin
meraka akan berkali-kali membaca nota ringkas dari Kindess dan pasti tersenyum sendiri
di dalam bas sepanjang perjalanan menuju ke destnasi masing-masing.
Besar harapan hamba agar “ProjekTiket” ini
dapat memberi ilham kepada bukan sahaja orang ramai yang berada di TBS pada
hari ini tetapi kepada semua pembaca coretan ini untuk melakukan kebaikan
kepada orang lain.
TERIMA KASIH ALLAH kerana menghadirkan
KINDNESS kepada hamba dan rakan-rakan sukarelawan untuk memberi inspirasi
kepada orang ramai agar melakukan kebaikan kepada semua tidak kira siapa pun
mereka. Hamba percaya setiap kebaikan yang kita lakukan dengan ikhlas, DIA
pasti akan membalas dengan kebaikan juga.
Hamba percaya setiap dari meraka yang
terlibat dengan “ProjekTiket” ini punya jiwa-jiwa yang besar untuk terus
bergabung tenaga memberi inspirasi kepada semua agar melakukan kebaikan.
Ukhuwwah fillah-persahabatan kerana Allah juga hamba rasakan telah lama
tersemat di jiwa-jiwa mereka.
Selamat maju jaya KINDNESS MALAYSIA!!
Sedikit pesanan
buat semua…
Lakukanlah semua
kebaikan dengan IKHLAS:
- dengan segala
kemampuan yang kita ada
- dengan pelbagai
cara selagi ia tidak melampaui batas
- di setiap tenpat
yang dirasakan sesuai
- di setiap saat dan
masa terluang yang kita
- kepada SEMUA
orang
- selagi nafas
kita ada
ilham rasa seorang
“hamba”,
_IMAN Nur Alia_
Sukarelawan
Kindness Malaysia
#ByEveryoneForEveryone