Pages

Monday, January 4, 2016

_Feed The Homeless 1 Jan 2016_

ALHAMDULILLAH..
2015 melabuhkan tirainya..
masih dipanjangkan umur.. syukur kepadaMu Allah.. atas usia ini...

Jendela 2016, iman mulai dengan perkongsian aktiviti "Feed The Homeless" (FTH) bersama team KINDNESS MALAYSIA..seperti biasa lokasi utama kami di sekitar Kotaraya, KL.. 
mencari para gelandangan sekitar ibu kota bagi menghulurkan sedikit bantuan makanan & barangan keperluan harian yg dikumpul hasil dari sumbangan orang ramai..

Malam ini kami bersama-sama para student dari Kuis dan Unitar juga orang perseorangan yg sanggup meluangkan masa berkongsi tenaga dan berkorban masa mengagihkan makanan kepada para gelandangan..

Taklimat awal sebagai pendedahan awal kepada perjalanan "FTH". 
Antara intipati yg disampaikan oleh saudara Zul adalah.. pengenalan KINDNESS, cara agihan makanan, bagaimana mengawasi diri semasa memberi & berdepan dgn para homeless, penggunaan camera in case nak ambil gambar, pembahagian kumpulan & lokasi untuk mengedar makanan.




sesi pengasingan makanan untuk dibawa oleh para volunteer.. 

Ubat nyamuk juga antara sumbangan yg diberi oleh mereka yg budiman. Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan makanan juga barang keperluan lain spt selipar, kepit kuku, toiletries & juga ubt nyamuk fumakila macam gambar kat atas ni;p

Antara makanan istimewa adalah kebab & ayam pandan. syukur atas nikmatMu.
Ungkapan bermakna buat kami.."TERIMA KASIH ye" 
seingat kami, uncle yg menerima makanan ini adalah seorang Chinese. 
Semoga uncle &  rakan2 dilindungi olehNya selalu...

Bertungkus lumus para volunteer memberi makanan kepada gelandangan. Pemberian makanan ini bukan sahaja tertumpu kpd para homeless tetapi kpd mereka-mereka yg bekerja pada malam tersebut juga kepada sesiapa yg kami rasakan memerlukan- unlce2 driver taxi juga org perseorangan yg kebetulan lalu lalang di lokasi kami mengedarkan makanan.
Kami tak memilih kerana rezeki ini untuk semua.

 Sharing pengalaman antara aktiviti WAJIB "Feed The Homless". Nak jugak dengar luahan rasa dari first timer yg join event ini. Yg atas ni adik dari KUIS. 

 student UNITAR bersemangat memberi sepatah dua kata tentang experience program "FTH"

abg2 di bawah antara penceria event "FTH" malam itu. 
seronok betul diorang sharing pengalaman. hehe

Done! Dah selesai tugasan malam ini. Antara 2 org penting KINDNESS yg membawa para volenteer semasa mengagihkan makanan.

Abg2 KINDNESS dua orang ni mungkin nak sharing pengalaman "peace" mereka. hehehe. 


Penutup Feed The Homeless : sesi bergambar beramai-ramai bersama para volunteer



skuad KINDNESS MALAYSIA in action! 

Bingkisan buat semua..

"Pinjamkanlah kekuatan semangat pada teman yg memerlukan meskipun saat itu kau sendiri sedang lemah..
Sandarkan bahu buat sahabat yg kesedihan meskipun saat itu kau sendiri sedang menangis..
BERSEDEKAHLAH kepada yg memerlukan infakmu meskipun saat itu kau sendiri sedang kesempitan.. biarpun ia cuma sekuntum SENYUMAN.."

Semoga menjadi INSPIRASI buat semua..


Eh! Sempat juga iman selitkan diri utk bergambar bersama reporter Harian Metro dan salah seorang hamba Allah yg budiman...
TERIMA KASIH ya..
semoga ALLAH memurahkan rezeki kita semua....





::cheers up your 2016::

Menyaksikan rentak balingan dan golekan bola BOWLING merupakan antara 
kegilaan iman juga. 
Jumaat- Jan 2016. 
permulaan yg ohsem. 
mata2 iman melihat bola2 boling bergolek2 di sekitar Wangsa Bowl, Wangsa Maju. 
sekadar melihat. 
nak main? sumpah! memang x pakar. bukan bidang. hahaha. 

awal2 lagi ni.. tudung masih smart. kah! 
team gadis masih sopan bergelak ketawa. kepit2 je ha duduk!

hampir 1 jam. dah berpeluh memboling gamaknya. gelak tawa bergema. 
bergegor Wangsa Bowl. apatah lagi dengan kejatuhan bola boling secara tiba-tiba dari jari jemari. gedebush!!
hahaha. siot! 

cover gelak dgn bukak mulut luas-luas. tanda kami masih sopan. kah lagi!

apabila sang jejaka masuk campur dalam lensa camera iman. bergabung! 
nak cari si juara? yg berjacket biru chelsea.
Naib juara? yg free hair tu. gadis ok ;p
juara longkang? jeng jeng jeng! biarlah menjadi rahsia seluruh alam. hiks.
dari kiri-bro jai, rizal, K, myrolz, shah, tirah (duduk), sazry, leen, leeya, sis riena 

selesai membowling, tak sangka ketemu retis-retis. nak tengok gambar bersama retis? malas nk upload sini. usha je instagram kami ok ;p

ni dah memantul cahaya di no 102? apakah yg berlaku ni? 
actually, iman kini berada di puncak!

puncak apa? shhh... puncak yg sejuk gile babas. 
bacaan temperature pada ketika ini adalah 17'c .
sejuk bakhanggg..!

selalu nampak benda alah ni kat mana? ;-)

dan.. macam biasa.. selfie batang kayu. bior gelap, dah nak gerib time ni.
jom balik!!!
BOMB 2016! Semoga mang & da geng lebih ceria. namo nangis2 lagi.... 
kekeke. jgn dipendam sebuah duka. kerana lara ada di mana-mana. jiwa haruslah sado seperti mana selalu, ok man? ;p