Pages

Thursday, April 19, 2012

Didier Drogba goal - Chelsea - Barcelona 1:0 - 18.04.2012 UCL

: IMAN Meniti Suratan :


Ada  kasih dan ada cinta
tapi terhalanglah oleh insan alpa
materialistik yang menghukum cinta sebegini 
Bebaskanlah kita ini di belenggu dunia
Andai hanyut bahtera..Kita rela di lautan gelora
Itulah rela kita berdua
Hadirlah kau kasih..Nyatakan cintamu
Doaku yang lama

Jua kaulah insan suci..wangian syurgawi
Pekat malam yang berlabuh
Aku teguh jiwa..Kau tiba jua

..........................................................Jiwa oh Jiwa..............................................Bisakah kau mengerti, Jiwa?.......................................................

:: Kawan vs Lawan ::


Sekadar nak ingatkan teman
Jgn lawan2 ye kawan2
Xmo gado2
dunie ni kan milik sesamer...
kan??

From a Friend of Mine

Tiada sesiapa yang berfikiran waras memilih hidup yang tidak mendatangkan kebahagiaan pada diri. Semua orang ingin mengejar kebahagiaan hidup dan ia merupakan matlamat hidup yang cuba dicapai oleh setiap insan pada setiap masa.

Jika benar, mengapa diri kita melakukan perkara yang sebaliknya dan membuat diri kita sedih pada setiap masa?

Kita berasa tidak puas hati kerana kita merasakan diri kita berhak dihargai oleh orang lain, tidak kira siapa pun orang itu, pihak majikan, rakan sekerja, kedua ibu bapa, adik beradik mahupun org tersayang.

Kita mahu situasi selalu memihak kepada kita, akan tetapi kita tahu hakikatnya bukan begitu. Setiap insan punya tuah dan nasib yang berbeza bukan?

Diri kita merasakan kita berhak mendapat perhatian, dilayan dengan adil dan mengharapkan orang lain melayan kita dengan sopan dan baik. Mengharapkan mereka akan menghargai segala yang kita lakukan, memberi pujian serta menolong kita apabila dalam kesusahan.

Mengharapkan orang lain berbuat baik kepada kita dan melayan kita secara tidak adil hanya akan membuatkan diri kita tidak gembira.

Apabila kita menerima hakikat kita tidak berhak ke atas apa-apa pun dalam dunia ini barulah kita akan menghargai pemberian yang datang secara mengejut.

Apabila kita berbuat sedemikian barulah kita menghargai setiap situasi yang akan kita hadapi dalam kehidupan seharian.

p/s: Seharusnya aku menghargai setiap masa yang aku ada. Setiap situasi yang dialami walaupun pedih, perit dan sakit. Terima kasih "uncle Rocky" atas nota yg cukup membina. Thx juga utk penggunaan Bahasa Melayu yg sgt baik. 

Ilham dari "Uncle Rocky"
titipan dari nota "In My Private States of Mind"