Dari kaca mata hamba..
Nampak mudah
Ke sana sini membawa makanan
Beriringan..
Ya.. memang nampak mudah
Tetapi perlaksanaan nya sedikit sukar
kepada yang baru memulakan rentak memahami setiap inci implikasi program Feed
The Homeless ini..
Bagaimana kita mampu mengumpul manusia
seramai ini di tengah malam ketika rata-rata yang lain sedang lena diulit
mimpi?
Bagaimana kita secara jujurnya cuba
menjelaskan agar mereka faham bahawa niat kita itu perlu ikhlas.. menolong yang
tidak mampu.. bukan untuk nama semata-mata..
Bagaimana pula pengagihan makanannya?
Adakah ada pembaziran di situ?
Dan bagaimana pula kita memupuk rasa berani
berdepan dengan pelbagai karenah gelandangan di sekitar ibu kota ini ketika
kita masih takut-takut menghulurkan bantuan makanan..??
Memang semuanya tidak semudah seperti yang
kita sangkakan..
Biarlah satu dunia mengecam tindakan kami
ini..
Biarlah…
Mungkin kata mereka…kenapa perlu dimanja
mereka-mereka yang di sana?
Saban minggu memberi makan secara percuma
kepada mereka?
Tidakkah menambah manja di dalam diri
mereka?
Arghhhh…!!
biarlah di dunia mana pun kalian
berkata-kata..
Kami tetap dengan tujuan dan misi
kami…membantu mereka seikhlasnya..
Sekurang-kurangnya mereka gembira…
Apa guna bersengkang mata di tengah malam
di ibu kota?
Bukankah itu lebih baik dari merempit
membabi buta??
Tepuk dada..
Tanyalah iman anda..
_Iman Nur Alia_
Volunteer
Kindness Malaysia
#FeedTheHomeless
#ByEveryoneForEveryone