ALHAMDULILLAH..
2015 melabuhkan tirainya..
masih dipanjangkan umur.. syukur kepadaMu Allah.. atas usia ini...
Jendela 2016, iman mulai dengan perkongsian aktiviti "Feed The Homeless" (FTH) bersama team KINDNESS MALAYSIA..seperti biasa lokasi utama kami di sekitar Kotaraya, KL..
mencari para gelandangan sekitar ibu kota bagi menghulurkan sedikit bantuan makanan & barangan keperluan harian yg dikumpul hasil dari sumbangan orang ramai..
Malam ini kami bersama-sama para student dari Kuis dan Unitar juga orang perseorangan yg sanggup meluangkan masa berkongsi tenaga dan berkorban masa mengagihkan makanan kepada para gelandangan..
Taklimat awal sebagai pendedahan awal kepada perjalanan "FTH".
Antara intipati yg disampaikan oleh saudara Zul adalah.. pengenalan KINDNESS, cara agihan makanan, bagaimana mengawasi diri semasa memberi & berdepan dgn para homeless, penggunaan camera in case nak ambil gambar, pembahagian kumpulan & lokasi untuk mengedar makanan.
sesi pengasingan makanan untuk dibawa oleh para volunteer..
Ubat nyamuk juga antara sumbangan yg diberi oleh mereka yg budiman. Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan makanan juga barang keperluan lain spt selipar, kepit kuku, toiletries & juga ubt nyamuk fumakila macam gambar kat atas ni;p
Antara makanan istimewa adalah kebab & ayam pandan. syukur atas nikmatMu.
Ungkapan bermakna buat kami.."TERIMA KASIH ye"
seingat kami, uncle yg menerima makanan ini adalah seorang Chinese.
Semoga uncle & rakan2 dilindungi olehNya selalu...
Bertungkus lumus para volunteer memberi makanan kepada gelandangan. Pemberian makanan ini bukan sahaja tertumpu kpd para homeless tetapi kpd mereka-mereka yg bekerja pada malam tersebut juga kepada sesiapa yg kami rasakan memerlukan- unlce2 driver taxi juga org perseorangan yg kebetulan lalu lalang di lokasi kami mengedarkan makanan.
Kami tak memilih kerana rezeki ini untuk semua.
Sharing pengalaman antara aktiviti WAJIB "Feed The Homless". Nak jugak dengar luahan rasa dari first timer yg join event ini. Yg atas ni adik dari KUIS.
student UNITAR bersemangat memberi sepatah dua kata tentang experience program "FTH"
abg2 di bawah antara penceria event "FTH" malam itu.
seronok betul diorang sharing pengalaman. hehe
Done! Dah selesai tugasan malam ini. Antara 2 org penting KINDNESS yg membawa para volenteer semasa mengagihkan makanan.
Abg2 KINDNESS dua orang ni mungkin nak sharing pengalaman "peace" mereka. hehehe.
Penutup Feed The Homeless : sesi bergambar beramai-ramai bersama para volunteer
skuad KINDNESS MALAYSIA in action!
Bingkisan buat semua..
"Pinjamkanlah kekuatan semangat pada teman yg memerlukan meskipun saat itu kau sendiri sedang lemah..
Sandarkan bahu buat sahabat yg kesedihan meskipun saat itu kau sendiri sedang menangis..
BERSEDEKAHLAH kepada yg memerlukan infakmu meskipun saat itu kau sendiri sedang kesempitan.. biarpun ia cuma sekuntum SENYUMAN.."
Semoga menjadi INSPIRASI buat semua..
Eh! Sempat juga iman selitkan diri utk bergambar bersama reporter Harian Metro dan salah seorang hamba Allah yg budiman...
TERIMA KASIH ya..
semoga ALLAH memurahkan rezeki kita semua....