Jumaat, 26 Feb , 10.30 malam – Sesi briefing
diberikan kepada semua yang terlibat dengan program ini bagi memberi gambaran
awal mengenai tujuan program dan bagaimana melaksanakan projek ini juga sedikit
tips pantang larang semasa berada di Pos Betau nanti.
Sekitar jam 11 malam, kami memulakan perjalanan.
Konvoi 8 buah kereta dari Kuala Lumpur bersama 2 kenderaan rasmi Kindness
Malaysia berjenama Haval M4 di bawah tajaan GoAuto menyusuri perjalanan malam
yang sunyi. Sebuah kereta dari Tangkak, Johor juga mula bergerak yang mewakili
2 orang sukarelawan dari negeri Melaka dan Johor.
Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam. Walaupun
ada yang sesat gara-gara salah masuk simpang tetapi akhirnya kami semua tiba
juga ke Kg Sentoi. Alhamdulillah. Suasana kampung masih sunyi memandangkan semua masih lena diulit mimpi.
Memasuki perkampungan orang asal adalah pengalaman
cukup unik kepada aku, terasa janggal juga. Dalam hati kuatkan semangat dan
sentiasa beringat yang “aku juga anak kampung”.
Ada masa sebelum masuk waktu Subuh, kami sempat
lelapkan mata seketika. Para sukarelawan semua menginap di surau lelaki dan
perempuan. Bersebelahan sahaja surau perempuan dan lelaki.
Azan subuh berkumandang menandakan misi kami harus
bermula seawal mungkin. Solat Subuh berjemaah kami mulakan sebagai tanda kami
semua telah berada di perkampungan ini. Orang-orang kampung menyambut baik
kedatangan kami.
Mentari makin menyinari. Tugasan pertama para
sukarelawan – membaiki pintu yang tercabut. kehkehkeh! dasyaht sukarelawan KM ni, siap bawa engsel & alat pertukangan semua.
Kenalah tutup, kalau tak... bahaya kepada kami
semua lebih-lebih lagi wanita.
Para sukarelawan ASDAF sibuk menyediakan sarapan
pagi di dapur dengan bantuan daripada para sukarelawan KM. Di sudut ini, aku
lihat kesepakatan antara sukarelawan semasa menyediakan makanan. Bukan senang
nak dapat pengalaman seperti ini. Sepakat membawa berkat!
Makanan dah siap! Jom beratur ambil juadah pagi
ini. Anak-anak orang asli memang tak sabar nak makan. Meriah juga sambutan
mereka lebih-lebih lagi bab makan. Bukan selalu mereka dapat rezeki seperti
ini.
Aktiviti pertama kami bermula. Pertandingan mewarna
khas untuk kanak-kanak orang asli. Dengan bimbingan saudari Fatin, anak-anak
kecil ini nampak bersemangat menyertai pertandingan ini. Mana tidaknya, kalau
menang, dapat hadiah! Setiap kanak-kanak akan diberi sekotak pensil warna yang
dikhaskan untuk mereka. Boleh bawa pulang pensil warna ni. Yeay!! Para
sukarelawan sedikit sebanyak membantu perjalanan program mewarna ini.
Selesai acara mewarna, kami semua turun padang
untuk acara sukaneka pula. Maisng-masing tak sabar nak beraksi. Kanak-kanak
dibahagikan kepada beberapa kumpulan sebelum acara sukaneka bermula. Pelbagai
acara sukaneka seperti bawa bola pingpong dalam sudu dan meniup belon yang
telah diatur oleh Person In Charge (PIC) iaitu saudara Hafiz dan Diwan.
Menarik! Pelbagai reaksi dan gelagat anak-anak kecil ini. Tersenyum kami semua sepanjang program ini
berlangsung.
Bola sepak antara aktiviti wajib kalau turun ke
Kampung Sentoi ni. Mereka sangat berbakat dalam sukan bola sepak. Panas mentari
tidak menghalang mereka untuk sama-sama menunjukkan skill gelecek
masing-masing. Hebat anak-anak muda di kampung ini.
Menjelang tengah hari, kami semua kelaparan.
Hidangan tengah hari juga telah siap disediakan. Maka, kami semua ke dapur
untuk mengagihkan makanan kepada penduduk kampung sambil mengisi kekosongan
perut kami juga. Alhamdulillah syukur.. dah mengeluarkan peluh bersama penduduk
kampung, kami makan bersama-sama.
Selesai menikmati juadah tengah hari yang cukup
istimewa hasil didikan abg Karim, Mak Esah, Fatin, Zaim & the gang (team
ASDAF), kami ke surau untuk menunaikan solat Zohor berjemaah. Pendekatan dakwah
sebegini adalah sebagai salah satu inisiatif untuk menarik penduduk orang asli
mendekati agama Islam memandangkan rata-rata sebahagian mereka menganut agama
Kristian.
Acara sukaneka bersambung semula. Meriah tak meriah
lah kan. Dah penat ! peluh pun mengalir je ni ha. Apa kata kita ke sungai.
Sungai??? Best ni!
Aktviti santai kami pun bermula di sungai di
belakang kawsan rumah penduduk kampung. Menghargai keindahan alam katanya.
Memang indah! Sejuk airnya... tenang dan aman.. Anak-anak kecil ni sangat
sporting dan tak pernah jemu layan kami. Rasa sayang sangat dengan mereka.
Thank you adik2! Kakak sayang adik-adik semua.
Selesai menyegarkan diri, kami sempat rehatkan diri
seketika di surau sementara menunggu azan Asar.
Selepas Asar, kami semua turun padang lagi bagi
menyambung sesi sukaneka. Jom lihat gelagat penduduk kampong beraksi . Acara
sukaneka kanak-kanak iaitu mencari gula-gula dalam tepung dan isi air dalam
botol. Meriah!
Di suatu sudut, acara boling padang dan mengepit
belon untuk dewasa juga giat dilaksanakan. Boling padang kami menggunakan buah
kelapa dan tin susu. Kreatif tak?
Yang paling mereka nantikan adalah acara menyumpit
lelaki dan wanita dewasa! Yes, menyumpit belon.
Penutup sukan hari ini diakhiri dengan pertandingan
bola tompar wanita antara penduduk Kg. Sentoi.
Setiap pertandingan sukan sepanjang hari ini, pihak kami akan terus memberi hadiah kepada semua pemenang. Sagu hati pun dapat tau. Seronok tau! Satu yang aku belajar dari sini adalah orang asli di sini sangat menghargai setiap pemberian tidak kira apa pun barang yang diterima walaupun cuma sebiji gula-gula apatah lagi barang keperluan harian seperti kepit kuku dan sikat rambut.
Aktiviti malam hari kami di sini juga amat santai.
Selesai solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan juga selepas menikmati makan
malam yang cukup lazat, kami dibawa ke rumah Tok Batin bagi mendalami dan
menikmati acara SEWANG. Hah? Sewang? Apa ni? Aku asyik tersasul-sasul sebut
rewang. Bukan rewang ye.
Sewang tamat sekitar jam 12 malam. Kami semua
pulang ke surau untuk acara TIDUR! Eh.. masa tidur lah pula kan.. lena betul
tidur malam tu walaupun cuma beralaskan tikar dan kain batik. NO BANTAL PELUK
ok! Hehe.
28 Feb , Ahad – hari terakhir kami di sini. Pagi
ini setelah sarapan, sedikit senaman ringkas dilakukan bersama adik-adik comel
dan pertandingan bola tampar lelaki juga turut diadakan. Perlawanan
persahabatan bola tampar lelaki di antara KM, ASDAF dan penduduk Kg Sentoi juga
sempat diadakan sebagi penutup aktiviti sukan di sini.
Di suatu sudut berdekatan tempat memasak,sesi
agihan barangan sumbangan kepada para penduduk Kg Sentoi yang aktif membantu
kami memasak juga sedang berlangsung. Terima kasih atas pertolongan mereka.
Sesi “lelong” pakaian juga diadakan sebelum
berangkat pulang. Ni ala-ala free market la ni. Berebut-rebut mereka
mendapatkan pakaian dan barang keperluan yang mereka inginkan. Ada handbeg,
tuala, telekung, baju dan seluar hasil sumbangan orang ramai. Mereka di sini
hidup serba kekurangan, jauh dari bandar.. sukar untuk mendapatkan pakaian
mahupun barang keperluan harian.. jadi, tak hairanlah kalau berlaku perebutan
dahsyat seperti ini di sini.. korang jgn terkejut pula kalau berdepan dengan
situasi macam ni ok ;p
Vitamin juga turut diberi kepada anak-anak org Asli di sini. Kesihatan kena jaga juga tau dik!
Sebelum berangkat meninggalkan kampong Sentoi, kami
semua bersalam-salaman dengan penduduk kampung. Rasa berat hati nak tinggalkan
mereka. Terpaut memori berharga di sini. Ada adik-adik yang memeluk erat kami.
Aduh.. sebak rasa...
Gelang tangan!
Aku sempat bagi gelang tangan ni pada seorang adik
comel, nama dia Ain. Baik budaknya. Untuk pengetahuan korang, para sukarelawan
akan diberi 1 barang berharga berupa gelang kepada perempuan dan jam tangan
kepada lelaki. Gelang dan jam tangan ini perlu dipakai sepanjang 2 hari kami
kat sini dan perlu diberi kepada adik-adik yang rapat denga kita. Jadi, aku
bagi pada Ain cute!
ni la adik ain cute. hehe
dalam dakapan tu adik firdaus. pun aku sayang. manja je budaknya.
Alhamdulillah...program Orang Asli terlaksana jua
dengan jayanya. TERIMA KASIH semua yang terlibat.. penduduk kampung yang sangat
baik hati.. terima kasih atas perkongsian pengalaman kehidupan sepanjang2 hari
yang penuh bermakna di sini. Liku-liku perjalanan pulang dari Kg Sentoi kami
lalui dengan seribu satu kenangan. Selamat tinggal adik-adik. Sampai masa,
ketemu lagi.
Semasa pulang ke KL, kami sempat singgah di Cameron Highlands. Yelah..
kata Back To Nature.. wajarlah menghargai keindahan alam semulajadi macam kat
Cameron ni. Hehe. Sempatlah ronda-ronda tengok ladang teh..sambil bergambar
kenangan...
Inilah dia keluarga KM yang gigih menjayakan Program orang Asli kali
ini. 2 hari tanpa line telefon, NO internet.. membuatkan kami lebih akrab dan
fokus dalam menjalankan amanah sebagai sukarelawan di sini.. masing-masing
dapat menjiwai watak, peranan dan tugas yang diberi.
Syabas semua!
Tepuk-tepuk terima kasih buat semua donor, para
sukarelawan, abang akak Kindness Malaysia yg banyak memberi tunjuk ajar, team
ASDAF, wakil Hashimiah, para penduduk Kg. Sentoi dan semua yg terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Semoga Kindness Malaysia dapat terus memberi inspirasi kebaikan kepada semua.
Alamak! Macam dah terindu tanpa sengaja kat penduduk Kg
Sentoi, Pos Betau. Adik2 akak... akak rinduuuuuuuuuu laaa.....
Ternyata, rencah kehidupan mereka di sana amat berbeza dengan kita
Tetapi sulamannya penuh warna
Kita dan mereka tetap datangnya dari tanah
Tetap sama, tiada beza
Tetap akan kembali ke tanah jua..
Buat semua, senantiasalah
mencari peluang berbuat baik:
* Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan
dengan ikhlas kerana Allah
* FirmanNya "Tidak ada kebaikan dalam kebanyakkan bisikan-bisikan
mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk
bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara
manusia. Barang siapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredhaan
Allah,nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (Surah
al-Nisa':114)
Volunteer_
Kindness Malaysia
Iman Nur Alia