Pages

Tuesday, December 15, 2015

ProjekTiket bersama KINDNESS MALAYSIA

11 Disember 2015 - 

Jumaat yang indah dengan iringan renyai-renyai hujan.. hamba lalui perjalanan petang itu dari Kuala Lumpur ke Terminal Bersepadu Selatan dengan keadaan jalan raya yang agak sesak demi sebuah misi.

Keterbatasan waktu bukanlah penghalang untuk hamba lunaskan apa yang hamba terima hasil dari ruang dan peluang yang telah diberi oleh pihak Kindness Malaysia untuk merealisasikan misi kami pada hari ini.

Misi ini kami simpulkan sebagai “ProjekTiket” dengan motif utama memberi duit tiket bas secara percuma kepada mereka-mereka yang ingin pulang ke kampung halaman atau ke mana-mana destinasi pada malam tersebut.

Menggalas amanah sebagai perakam video dari sudut tertentu untuk merakam reaksi wajah yang terpancar di setiap wajah-wajah bertuah pada malam itu bukanlah sesuatu yang mudah. Merakam secara rahsia atau dalam erti kata “senyap-senyap”.
Fuhhhhh… sedikit gementar juga hamba. Menegur orang awam secara spontan juga bukan suatu tugasan yang mudah.
Tetapi dengan semangat dan kerjasama rakan-rakan Kindness yang lain, alhamdulillah.. misi ini tetap diteruskan juga.

“ProjekTiket” dimulakan dengan briefing sebagai mukadimah kepada apa yang wajar dan tidak wajar kami lakukan. Penerangan ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran awal bagaimana perlaksanaan “ProjekTiket” ini.

Seawal jam 8 malam, dengan namamu Allah.. kami mula bergerak ke lokasi utama di kaunter-kaunter tiket bas bagi mencari sasaran-sasaran penerima “ProjekTiket”. Sukarelawan-sukarelawan yang lain mula mengambil posisi masing-masing dan watak-watak para pelakon dari Kindness mula memainkan peranan.

Hamba mula bergerak..merakam reaksi dan perbualan si pembeli tiket bas. Rata-rata meraka tidak menyedari kehadiran kami. Pelakon kami beratur dari belakang penerima-penerima “ProjekTiket” dan sekali kala para pelakon kami mencelah memulakan perbualan dengan golongan sasaran. Sampai di kaunter tiket, para pelakon Kindness terus meletakkan duit tiket percuma beserta nota “KAMI BAYARKAN TIKET BAS ANDA. SEMOGA SELAMAT PULANG & LUANGKANLAH MASA BERSAMA KELUARGA ANDA” semasa mereka mula mengeluarkan duit dari dompet mereka untuk membayar tiket bas.

Wah! Macam-macam reaksi riak muka yang terpampang dari wajah mereka. Ada yang terkejut, ada yang terpinga-pinga dan paling best yang tersenyum tu buat hamba rasa seronok sangat. Eh! Ada juga yang buat dekkk je… alahai.. terkejut agaknya.. atau mungkin tidak menyedari duit free di depan mata tu adalah untuk mereka.

Dalam hati .. ALHAMDULILLAH… syukur kerana mereka gembira sebab dapat duit secara percuma. Siapa yang tak nak duit free kan? Tetapi hamba lebih gembira jika mereka dapat mendalami apa yang kami cuba sampaikan pada hari ini. InshaAllah…

Pun begitu ada juga halangan demi halangan yang kami tempuhi sepanjang melaksanakan “ProjekTiket” ini. Sasaran kami ada yang tak jadi nak beli tiket dan ada pula yang kehabisan tiket bas. Jadi, kami terpaksa mencari sasaran lain pula. Kalau tak sabar ni, memang terbaring lah kat situ kan.. maklumlah letih sebab lama berdiri kan. 

Di saat-saat “ProjekTiket” ini berakhir, ada juga yang cuba mmenawarkan hamba untuk memberi duit tiket kepada sasaran. Allah.. rasa macam nak buat macam tak nak buat pun ada. Hamba bukan seorang yg confident utk menegur orang secara tiba-tiba di khalayak ramai. Arghhhhh…. !
Last but not least, hamba terpaksa menolak tawaran tersebut dek kerana kurang confident dalam diri. Bila nak ada confident dalam diri ni, iman? 

Golongan sasaran “ProjekTiket” pada hari ini kami pilih secara rawak, ada student, ada orang perseorangan, ada keluarga yang bersama anak, ada pak cik dan mak cik dan ada juga seorang pelancong asing.

Dengan tujuan utama MEMBERI INSPIRASI kepada orang ramai unuk melakukan kebaikan kepada semua, hamba rasakan “ProjekTiket” ini telah berjaya menambat hati sasaran kami pada hari tersebut. Hamba yakin meraka akan berkali-kali membaca nota ringkas dari Kindess dan pasti tersenyum sendiri di dalam bas sepanjang perjalanan menuju ke destnasi masing-masing.

Besar harapan hamba agar “ProjekTiket” ini dapat memberi ilham kepada bukan sahaja orang ramai yang berada di TBS pada hari ini tetapi kepada semua pembaca coretan ini untuk melakukan kebaikan kepada orang lain.

TERIMA KASIH ALLAH kerana menghadirkan KINDNESS kepada hamba dan rakan-rakan sukarelawan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai agar melakukan kebaikan kepada semua tidak kira siapa pun mereka. Hamba percaya setiap kebaikan yang kita lakukan dengan ikhlas, DIA pasti akan membalas dengan kebaikan juga.

Hamba percaya setiap dari meraka yang terlibat dengan “ProjekTiket” ini punya jiwa-jiwa yang besar untuk terus bergabung tenaga memberi inspirasi kepada semua agar melakukan kebaikan. Ukhuwwah fillah-persahabatan kerana Allah juga hamba rasakan telah lama tersemat di jiwa-jiwa mereka.

Selamat maju jaya KINDNESS MALAYSIA!!

Sedikit pesanan buat semua…

Lakukanlah semua kebaikan dengan IKHLAS:
- dengan segala kemampuan yang kita ada
- dengan pelbagai cara selagi ia tidak melampaui batas
- di setiap tenpat yang dirasakan sesuai
- di setiap saat dan masa terluang yang kita
- kepada SEMUA orang
- selagi nafas kita ada

ilham rasa seorang “hamba”,
_IMAN Nur Alia_

Sukarelawan
Kindness Malaysia
#ByEveryoneForEveryone

Tuesday, August 11, 2015

:Al fatihah...:

Syawal 24, 1436 H bersamaan 9 Ogos 2015.. 
Perginya nenda yg dikasihi utk selamanya..
............................................................................
Bera, Pahang.
menjadi lokasi terakhir iman bersama nenda..
perit..
memang perit merasa kehilangan
lebih perit menenangkan hati sang bonda yg kian bergenang air matanya..
bertabahlah wahai bonda..

setiap yg hidup itu pasti merasai mati..
Allahu.. teringat iman akan dosa2 yang takkan pernah terhitung..
bagaimana nantinya saat-saat kematianku?

Tenanglah di sana duhai nenda..
kami di sini akan selalu rindukan nenda
akan doakan kesehjahteraan nenda di sana..

Legasi nenda ini akan kami jaga sebaik-baiknya..
ukhuwwah ini akan selalu kami bina..
inshaAllah..

Nenda.. 
maafkan iman .. 
dek kerana keterbatasan waktu, tidak sempat uk menatap wajah nenda buat kali terakhir..
sedikit terkilan.. tiba di sekitar tanah perkuburan, 
tanah sudah dikambus rapat..

nenda..
si iman ini masih lagi tercari-cari di mana hilangnya si dia..
doakan iman bertemu si dia ya nenda..
perjuangan ini akan iman teruskan..

iman yakin..
nenda akan selalu bersama kami semua..


alfatihah..semoga nendaku ditempatkan bersama org2 yg beriman..

Nenda,
DosaImanTiadaTerhitung............. :-(

Friday, July 10, 2015

_Dosa Yang Tak Terhitung_

ALHAMDULILLAH...

Cepat betul rasanya masa berlalu.. Ramadhan makin jauh tinggalkan kita...

Terasa belum cukup amalan utk dibawa ke sana nanti..
terasa RINDU dgn pengisian sepanjang Ramadhan kali ini..
rasanya setahun sekali iman buat kerja2 spt ini..
kerdil betul rasanya bila kenangkan dosa yang tak terhitung..
:-( 


 Semoga anak2 yatim ini kekal dalam perlindungan yg Esa...



i_man...^
#DosaYangTakTerhitung

Saturday, June 20, 2015

^Ramadhan 1436H^

Tetaplah berjalan
walau dalam menangis
jangan pernah berhenti
tabah!
seperti bertahun-tahun yg telah berlalu.

Bumi bersejarah
aku terlalu rindu
dan akan kembali
di suatu hari yang pasti.

Keluarga.
maaf untuk segala luka.

Allahku..
Lindungi aibku & keluarga.

#TawaDalamTangisan_alia_


Sunday, June 8, 2014

_^_nothing to say_^_

Perjalanan cerita June ini sangat mengelirukan rasa seorang iman..
minda kdg tak berfungsi..
jiwa kdg tak keruan..
si iman ini terkadang tak tahu menilai mana yg benar..
mana yg palsu???????????
.
.
.
*******^_^*********
maybe i should leave
or i should be back to my real life.......
>>>>>>>>>.
NO FAKE!
.
.
.
_nothing to say_

*si iman mencari ketulusan hati_ *

"berikan aku kesempatan ku buktikan keikhlasan..." beliau
"ku tunggu kamu sampai hjg nyawaku.." beliau yg di sana
"mungkin aku bukan takdirmu?" beliau yg memendam rasa di sana

#Best .............. will win! 

^The_true_is_out_there^
kutahu ku adaMU..TUHAN...berikan aku kekuatan....

" terkadang mereka pantas berbicara, seakan mereka tahu apa yg kamu lalui, sedangkan mereka tidak pernah dalami apa yg kamu hadapi...
ceritanya..? biarkan saja.."

ini pandangan si beliau..
^
what say me? 
...nothing to say..
keep on smiling... :-) even when u are sad...




Monday, May 19, 2014

Photography?? _^

photography??
yes! i do loike it!
is an illusion..photos made with the eye, heart & head ;-)
..........
the means of expression..
it will fix a prices moment!!
simultaneous recognition, fraction of a second
...........................
 ...........
taking photography means understanding..which cannot be separated from other..
visual of expression!
a way of shouting, freeing oneself..
it is a way of life..
...
ready!
three! two!
one! ACTION!!
just snap!!

_keep on smiling_


is more than okay if me the only one can see your smile..:-)
_iman_alia_
_LembahPantai2014_


Ways-Warkah Buat Kekasih(HQ Audio)



atoiiimakkkk! ohmaiii
gua layan lagi lagu ni der!!
telah tiba time jiwang ni kan..
sebelas doploh satu malam. hiks.
memang lentok!
layannnnnnnn
zzzzzzzzzzzzzzzzzzz
T___________T
<3???
no!!
yes!!
oh NO!!

_Bilaku hanya sesaat bagimu_?

Saturday, May 17, 2014

^Warkah Buat i_man^


Alahai purple colour?
ba_j_U MEL_ayu itu?
i just saw it;p
i remembered the day i've sent to ya..?
opsssssssssssssss
so nice huh..
u look great in purple!
purple is my favvy colour..
thx "si kenangan" sudi menjadikan kain itu sepasang baju melayu purple..

semoga berbahagia selalu _^
bersama.. d_i=a
;
;
;
aku cuma aku yang tidak akan pernah menjadi sebahagian dari kamu..
:-)
dan lagu ini untuk kamu..;-)

"Aku bukannya sasterawan negara..
aku hanya manusia biasa..
menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa..
maafkan jika ku tak sepeka dia..
tak mampu menganyam awan gemawan..
menjadikannya selendang untukmu..
oh.........?
kataku tiada berbunga
cuma jiwa bisa berbunga
namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
dengan kata-kata yg sederhana.."

~Iman Nur Alia~
_^Lembah_Pantai2014_^ 

Saturday, April 26, 2014

^Their Birthday Celebration^

woot woot!!
alkisah kek hari jadi blue blood members yaww
 dengan tema sepotong kek satu logo chelsea
miahahaha!! Opsss

check it out!
we are the boys in royal blue
we come from Malaysia
ehhhhhhhhhhh!!! gugurls pon ade dlm gambar tu hoccay!
actually this picca just for refresh my moments..celebrating abg Zam's & abm Shahril's Bufday.
both of them turns to ..?? tettt!!!
actuall, i've tried the new monopodpodpod..haha..try & error je boh..
nampak tak? sepotong kek sato logo CFC.. hehe
si gadis comel tu Cici..
yg 2 org tu.. bufday man! hiks;p
Secret Recipe..choc indulgence..
favourite kot..
wpun sepotong, tp mmg sodappppppp! *yummy*
 hah.. yg ni pun tema yg sama.. celebrate bufday Daus 
sepotong kek satu CFC logo..(kehkehkeh)
KLCC marey.. sambil cuci mata layan jiwa tengok air pancut berirama katanya..haha
yg bawah ni, Firdaus bufday boy aka Captain Amarikaaaaaaaaa sgt! 

ha.. ni bukti air pancut berirama.. warna biru je pilihan kami.. ;-)
BLUE IS THE COLOUR kansssssssss

Selamat panjang umur, sahabat2 BIRU ku..Cicie,Hadi,Hafiz & wife, abm Zam, abm Shahril, Shah & Daus..
Thx yawwwwwwwww!!

#CHELSEA TANPA SEMPADAN


Monday, April 21, 2014

r_emov_e


T______T
since the day i've noticed i've been removed~
.
.
.
day per day.. am quit busy with so many things to handle.. family event, works, personal matters, friends & others..
i don't even know i've been removed..
when i noticed that..
T__________T
i don't know what am diving into?
just hang out.. simply calm down ma self..
went to the place which am always been there before..
shopping like i'm a millionaire
take 1 hour.. & singing like heaven..
with NO one..am doin' it with me & ma self..
i don't care!!
it's my life...

dear he_art
~~~
i know am not a perfect friend
not even a special friend or best friend or what else..?
instead i made u hurt & cry
maybe i should say goodbye
would it be better for me to go?
i asked u..and u say what?
NOPE! u didn't say anything..
deep in ma heart
i'll always know
i love u always
i mean.. FOR ALWAYS....
even if i go..

i have learned that sometimes "SORRY" is not enough,
sometimes u actually have to change..

it takes a strong person to say sorry, 
and an ever stronger person to forgive.. 

am gonna smile like nothing's wrong..pretend like everything's all right..
act like its all perfect..even though inside it really HURTS..

sincerely,
hu_rt


Saturday, March 29, 2014

Hilang Tanpa Kesan? HALUS #MH370

Subhanallah..
maha suci Allah..
Pesawat dilaporkan berakhir di Lautan Hindi?
dalam..cukup dalam maksud berakhir itu..
...............?
salam takziah..buat keluarga mangsa
alfatihah...utk Ummat Muhammad yg hilangnya entah di lautan mana...
pengakhiran yang bagaimana?
semoga Allah bersama-sama mereka...
........
konspirasi?
kenapa & mengapa?
DRONE?
Command & Control System?
penglibatan negara2?>
Kenapa MAS MH370? kenapa MSIA? kenapa di Lautan Hindi?
kenapa, kenapa & kenapa?
opssssss
cukup sulit utk diselidiki..
.........??
di luar kotak fikiran?

pada aku, ada akal fikiran...gunakan sebaik mungkin..

satu hari kebenaran akan terbukti..walau bukan hari ini..tetapi di akhirat nanti...
sebesar mana pun kuasa kamu tdk akn dapat menandingi kuasa yang maha Esa..
...............
wahai Allah, lindungilah negara ini & ummat Islam seluruhnya
dunia ini semakin rapuh..
agama kami semakin jauh...

kuatkan iman kami
peliharalah kami....
amin..amin..amin.....

MH370, selamat malam..
bersemadilah dengan aman..

~alfatihah~

benar, pandangan mata kasar takkan sama dengan mata hati..
berikanlah petunjukMu Ya Allah..


^_MAC 29_^

12:45 am waktu Malaya..panggilan itu tidak berjawab..
tidur barangkali?
.
.
to be continued..
early in da morning 29 Mac!
..alhamdulillah..
panggilan itu telah terjawab..
cukuplah sekadar 10 minit..
sekurang-kurangnya suara kamu kedengaran..
setahun sekali mungkin?
.
.
.
tanpa kata terus bicara
ada apa dengannya sang iman ini?
cukup 3 patah bicara..
penuh makna..
SELAMAT HARI LAHIR...

semoga Allah memberkati hidupmu, duniamu & akhiratmu..
semoga Tuhan panjangkan umur kamu...

kamu telah memilih dia..& semoga akhirnya nanti kekal bahagia..

HAPPY BIRTHDAY, sahabat!

kamu jauh di mata, tetapi selalu dekat di setiap doaku..

T_____________T


ni kek special edition utk kamu :-)


Saturday, March 22, 2014

~Dedicate this song for u ~ Afgan - Jodoh Pasti Bertemu | Official Video Clip



andai kau tahu betapa ku mencinta
selalu menjadikanmu isi dalam doaku
ku tahu tak mudah menjadi yang kau minta
ku pasrahkan hatiku
takdirkan menjawabnya...


~untuk kamu yg takkan pernah tahu isi hatiku~

^am back??^ #PrayForMH370 #PrayForTheUmmah

helloOOooo
lama tak menjenguk
penuh habuk oiii
fuhhhhhh..tiup sket_^
diary kehidupan..byk yg tak terisi di sini..
alhamdulillah..
ada yg datang..
ada yg pergi..
tawa & nangis silih berganti 
iman di sini..tetap tabah jalani hari..

masih terkeliru dgn si kehilangan MH370
semoga yg baik2 sahaja utk mereka..
wahai Allah, tunjukkan mereka jalan pulang...
semoga kembalinya mereka akan terlerai segala persoalan..

~In Shaa Allah~

#PrayForMH370












Saturday, January 4, 2014

^when am quite^

O_o?
the ReaSoN when am quite..>
*
-tired
-do not have anything to talk about
-over-thinking
-over-slept??
-angry
*

all of the above? eh ehhhhhhhh^
ToinKkkkk^

am $engaL kowt^ ouchh*
krikk krikk krikk
go sleep, iman^
Take gOoD ReSt...
^____________^
aHa:_: @___________@

cawwwwwwww^
mEoWwwwwwww:p)




Friday, November 22, 2013

GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)


Allahhuakbar..
Allah maha besar..
Ammar, kamu pejuang agama Allah..
terkesan di hati seorang iman..
Alfatihah utk mu..semoga tenang di sana...
~alfatihah~

Sunday, October 20, 2013

^Hey Yesterday^ is all about Football^

eh hyeeeeeeeee!
holla!! allohaaaaaaaaa
ini semalam punya chegita..
kesah pulak? ekekeke..
kalau sudi, layan jelaaaa wey!

THIS!! combain dlm 1 picca. Real Madrid! Chelsea! Pahang!
Fav team esp CHELSEA, semua menang mlm tadi! what a day la kan ;p
Phg membelasah Sarawak 3-1 utk aksi Piala Msia 2013, tp kene tunggu timbal balik nanti. 
Real Madrid fav team iman, haa.. monang 2-0 dgn Malaga hasil jaringan Di Maria & CR7 yg power tuuuuuuuu ;- ini Spain BBVA punya Liga!
Chelsea pulak menang sempoi dgn Cardiff City 4-1. ensem2 iman si Eto,Hazard & Oscar yg score. mmg padu!!
malam semlm memang membuatkan malam iman jadi biruuuuuuuu je..
tido pon senyum, sampai ke telinga.. kihkihkih

 Picca ni membuktikan kegembiraan rakan2 iman semasa menonton bola semalam..
macam2 gelagat ada.. sungguh shomel mereka ni. 
 yg ni iman paling respect la kan..CR7..
fav player iman jugak ni..
I
I
I
^
eh2..
apa pun jadi, Chelsea tetap di hati..
sokong 4eva & eva..
menang kalah belakang kira..
cuma semalam tuah mmg berpihak kpd Chelsea & team2 fav iman yg lain!
ALL da'BEST !!

yeay!!
lompat tinggi2!
eppy kowt!
lupa segala masalah;p

~chowwwww~

! p u b l i s h !

Wednesday, October 16, 2013

kamu tahu apa? ^_^

 eh! itu darul IMAN!!
aku pernah ada di sini.. mengabadikan selautan memory..
kamu ingat? atau kamu buat2 lupa? :-)
kamu tahu apa? 
ini skill aku. ini cara aku. 
aku punya misi. aku ada visi. aku tak bijak mengadaptasi.jauh sekali merealisasi.
cukup sekadar ku ilhamkan dengan ilusi. dan hasilnya, INI!
kamu tahu aku rindu?>
kamu tahu erti rindu? kamu tahu apa?
aku snap picca di atas di pinggir pesisir pantai di tanah Darul Iman. 
kamu tahu aku rindu?
aku rindu pada buminya..pada ketenangan alamnya
aku rindu pada alunan pantainya..
 ahhh! Darul Iman..kenapa kamu menjengah malamku?

Darul Iman,
aku pasti kembali lagi ke sini
walau bukan ketemu kamu, kamu & 
kamu lagi..
aku tetap akan kembali..

kamu tahu apa?
:-)

~iman@mani~