Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul
kerana mengasihiMu
Bertemu untuk mematuhi perintahMu
Bersatu memikul beban dakwahMu dan mengikat janji setia untuk
menyokong dan mendaulat syariatMu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini dan tunjukkanlah jalan hidayatnya
Penuhkan hati ini dengan cahayaMu yang tidak kunjung malap
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan IMAN
dan keindahan tawakkal kepadaMu
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan Ma'rifatMu
(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong
amin....
No comments:
Post a Comment