Mata
Membaca kasihmu
Cukup tenang wajahmu
Maka tenang jualah jiwaku
Bicara matamu
Seakan ingin mengungkap sesuatu
Namun tak bisa terluah
Kerana langkahmu semakin laju
Hati
Jujur kuhulurkan
bersama kasar hatiku
namun engkau berpaling seribu sendu
Tiada lagi yang dapat ku hulurkan
Kerana aku hanyalah penumpang rindu
Jiwa
Seakan ingin melakar kembali
Lukisan cinta nan tertunda
Namun tinta kasih kita
Kehilangan bait-bait indahnya
Itukah gambaran
Hatimu yang remuk?
Cinta ini terunda lagi
Untuk kesekian kali
Entah apa bukti
Yang harus kuberi
Tersedar aku….
Walau aku bukan lagi matamu hatimu dan jiwamu…
Namun aku ikhlaskan dirimu utk pilihan hatimu kerana Allah
MAAFKAN AKU untuk segala kekuranganku…
Inilah sebenarnya mata hati dan jiwa kita
Pemberian ikhlas dariku untukmu jiwa…
Andai ada kekeliruan dan kesulitan...rujuklah Al-Quran…
penyejuk
mata penawar hati….
No comments:
Post a Comment