Ya... penuh rindu dan doa...
Aku dan dia yang kucinta bagaikan diri sendiri itu..
Telah dipisahkan oleh dua jambatan kehidupan yang berbeza haluannya
Jalanku merekah penuh ujian dan air mata..
Jalannya berlopak-lopak penuh dugaan dan halangan..
Hakikatnya...
Destinasi kami tetap sama..untuk kembali kepadaNya
dengan penuh cinta dan redha
Lalu, kami tempuhi sebagai jalan yang akan menghubungkan kami..
dengan pertemuan yang sebenar..pertemuan yang Haq..
Di atas tapak kenangan yang kami bina..
aku semaikan benih-benih harapan
Semoga aku dapat menjalani kehidupan sebagai hambaNya yg sebenar..
dari benih yang disemai itu..aku siramkan dengan doa dan bajakan dengan zikir
Aku mahu pohon itu tumbuh dan rendang memayungi hidup kami..
Sekalipun kami tidak dipertemukan lagi di darulfana ini..
Aku yakin..di akhirat nanti kami pasti bertemu semula...
Dahulu..
Di permulaan perkenalan kami..
Aku sering menangis di bahu malam..
Terasa amat sunyi dan teramat meyakitkan..
Ketika aku membilang dosa..
Ketika aku persembahkan segala pengaduan di atas sejadah redha..
Si dia kirimkan sebuah zikra rindu yg diwarisi dari seorang yang dia cintai..
yang diwarisi dari perit jalan duri yang terpaksa dia telani..
Dia ajarkan aku tentang makna peritnya dugaan..
Dia tenangkan aku tentang makna indahnya kesakitan
Dia kembalikan semangatku yang kian hilang
Demikian..
Aku bersyukur..
Betapa besar nikmat atas erti kehidupan ini..
Katanya lagi..
Tika kita membuka naskhah hati yang penuh cela dan duka..
Allah menutupnya dengan penuh rahsia..
Tika kita menyangka bahawa kitab hidup hanyalah tulisan-tulisan luka
Allah terjemahkannya dengan penuh hikmah dan penuh warna..
Tika kita ingin mengalah dan tunduk pada malam yang gelap dan pahit..
Tika malam tiada bulan..tiada madu..
Allah berikan sebuah rasa yang bernama "cinta"
Mengapa kita ketepikan Dia ketika meratap dalam zikra rindu??

Iman Nur ALeeya
1 comment:
- Rest of my life -
Post a Comment