Pages

Thursday, December 22, 2016

^The Baginda Project 2016^


Projek Baginda 2016
inspired by Kindness Malaysia
Kami memberi honey stick secara percuma kepada orang ramai di Taman KLCC pada 12 Rabiulawwal 1438H bersamaan hari ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Sebagai memperingati baginda sebagai tokoh tauladan sepanjang zaman
di samping mengamalkan sunnah-sunnah baginda dan mengikuti ajaran baginda.

Honey stick beserta kata-kata kebaikan 


team kindness Malaysia yang menjayakan Projek Baginda 2016

Jom berselawat kepada baginda
Semoga kita semua peroleh syafaat di sana nanti..

Thursday, November 3, 2016

_Jangan Tanya Aku Kenapa_

gambar diambil oleh saudara "Haziq" part of family Kindness Malaysia , di TC, Kuantan


Sebenarnya..aku tidak pernah ambil peduli tentang apa yg mereka bicarakan tentang aku... katalah selagi belum puas.. ini hidup aku.. aku sendiri yang tentukan dan aku berhak memilih apa yang buatkan aku rasa happy..
berkawan, bersahabat dengan sesiapa pun. itu hak aku. asalkan aku masih berada di landasan yang benar...
ada yang mempertikaikan kenapa aku kerap ke sana? kenapa aku tiada masa untuk yang di sini?
??????????
tepuk dada, tanyalah selera masing-masing.. apa yang tiada di sini, aku cari di sana.. 
aku jenis yang takkan duduk diam.. aku perlukan hiburan , untuk aku lengkapi perjalanan seharian aku.. untuk aku sedikit demi seidikit melupakan kisah-kisah hitam yang pernah menghantui hidupku di masa lampau..
salahlah aku memilih cara hidupku sendiri?
aku tidak pernah mempertikaikan apa yang telah aku sumbangkan pada mereka.. desas desus mengatakan aku itu dan ini..kata-kata perlian? kata-kata three in one? ohh....memang acapkali kedengaran.. ya! aku sudah lali dengan semua tu...
aku biarkan saja semua itu berlalu..
sesibuk manapun aku, aku akan cuba melakukan yang terbaik untuk mereka.. dan tidak pernah aku tagih ucapan terima kasih dari mereka..kerana aku ikhlas melakukannya demi mereka..

hidup ini mesti diteruskan..diteruskan dengan cara yang bagaimana? 
dengan cara yang dapat menggembirakan aku..

jangan pernah tanya aku kenapa...

_nukilan aku_
i_man..

Wednesday, November 2, 2016

^Projek Petrol 2016^


Pada petang semalam sekitar jam 6 petang bersamaan 2 November 2016 kami, para sukarelawan Kindness Malaysia telah menjalankan aktiviti comel yang dinamakan Projek Petrol.
Tujuan utama adalah untuk menggembirakan para penerima dan menceriakan petang mereka berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.


Shell Chow Kit, Kuala Lumpur menjadi lokasi sasaran kami pada petang itu. Golongan sasaran adalah penunggang motosikal memandangkan kami memberi duit percuma sebanyak RM2 seorang untuk menampung kos minyak motor mereka.

Projek bermula dengan lancar. kami masing-masing menanti di setiap pam minyak untuk kenderaan motosikal. Menanti sasaran. Tak sabar rasanya melihat reaksi penerima.

Penerima iaitu seorang gadis tersenyum menerima duit minyak percuma


Rata-rata penerima menyambut baik duit RM2 ini dan menerima dengan hati terbuka. Ada yang terkejut seakan-akan tidak percaya akan dapat duit percuma. Dalam masa yang sama, ada juga para penunggang motosikal yang menolak pemberian kami. Agak mencabar juga. Bukan mudah ye nak menawan hati mereka. Ada juga yang berkata,” maaf dik, bagilah pada yang memerlukan” jawapan kami mudah, “untuk mereka, kami sudah ada projek lain bang. Jangan risau. Duit comel ini memang rezeki abg untuk hari ini”
Penerima gembira dan sempat mengukir senyuman


Apa sekalipun tolakan atauapun penerimaan mereka semalam, Alhamdulillah projek petrol berakhir dengan jayanya. Tersenyum lega kami melihat para penerima gembira dan tidak henti-henti ucapkan terima kasih kepada kami. Penat balik bekerja terus hilang pada petang itu.  



Sasaran kami juga tidak mengira bangsa, agama mahupun kedudukan. Kami berikan pada semua yang bertuah yang mengisi minyak di Shell tersebut.


Kami juga sempat mengisi tangki penuh kepada penunggang motosikal yang bertuah. Masing-masing beratur kemas, tak sabar nak menerima minyak percuma. Nak tau apa yang berharga pada masa ini? Senyuman mereka. 



Inilah antara barisan sukarelawan yang menjayakan misi petang itu. Alhamdulillah, misi kami tercapai. Mengukir senyuman dan dalam masa yang sama mengajak orang ramai untuk melakukan kebaikan tidak kira di mana jua pada bila-bila masa dan kepada semua golongan masyarakat.


Semoga nilai sekecil ini mampu buat anda tersenyum!


Semoga kebaikan sekecil ini dapat diterusakn oleh semua pembaca. Terima kasih penaja yang budiman! Terima kasih sukarelawan dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam melaksanakan misi ini.

Sukarelawan
Kindness Malaysia

Thursday, September 22, 2016

_roman alia_ #krabi

Sejak kamu pergi menjauh..

sudah tiada udara untuk diriku hembus 

denyutan nadi pun terbentur melumpuh
dalam hening jiwa

jika kamu tak percayakan ku
belahkan lah dada dan kau intiplah di situ

pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu
kerana kau satu-satunya cinta
Agung yang paling ku damba

tanpamu hilanglah makna

aku akan setia selamanya...





Thursday, July 14, 2016

^Projek TajaMereka di Sekolah Komuniti Rohingya, MRA, Cheras^

Syukur kepada Allah.. tarikh 18 Jun 2016 bersamaan hari Sabtu telah menyaksikan Kindness Malaysia dengan kerjsama MEPS meraikan anak-anak pelarian Islam Rohingya di Sekolah Komuniti Rohingya, MRA, Cheras.

Kindness Malaysia kali ini meraikan seramai 60 orang anak-anak pelarian Islam Rohingya, 10 orang sukarelawan Kindness Malaysia dan 11 orang sukarelawan dari pihak MEPS.   

2 tingkat Sekolah Komuniti Rohingya di Cheras berada di deretan kedai-kedai makan

 Projek TajaMereka dimulakan seawal jam 6 petang. Setibanya di sekolah tersebut, rakan-rakan sukarelawan membuat persiapan awal sambil mengemas apa yang perlu sementara menunggu pihak catering makanan tiba.

Sukarelawan Kindness membantu pihak catering menyediakan hidangan untuk berbuka

Sementara menunggu waktu berbuka, sesi suai kenal diadakan bersama anak-anak Rohingya. Masing-masing memperkenalkan diri dan beramah mesra.  Adik-adik di sini cukup peramah dengan kami semua. Bila ditanya apa cita-cita mereka, rata-rata ingin menjadi askar dan polis. Seronok dan geli hati melihat gelagat mereka.


Juadah kami pada petang itu adalah nasi tomato, ayam masak merah, acar, buah tembikai, kuih seri muka, popia, kurma dan air minuman selain pelbagai makanan ringan lain.


sesi memperkenalkan diri


Puan shamsiah selaku orang kuat MEPS memberi ucapan

Selesai sesi suai kenal, kami semua bersedia untuk menikmati juadah istimewa dari pihak catering. Alhamdulillah.. kali ini kami bawakan sedikit kelainan dengan makan beramai-ramai di dalam talam. Dah lama tak rasa suasana makan sebegini.


 Selesai solat, wakil MEPS dan Kindness Malaysia memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak Rohingya ini. Semuanya nampak gembira menerima duit raya dan sedikit cenderahati kenang-kenangan dari kami.

 Selesai berbuka, kami bersama-sama menunaikan solat magrhib secara berjemaah

Alhamdulillah.. majlis berakhir sekitar jam 8.45 malam. Majlis yang ringkas tetapi pengisian yang cukup bermakna buat kami semua.


Surprise kek dari MEPS juga disediakan sempena ulangtahun kelahiran Puan Shamsiah (MEPS)

Sampul Kindness Malaysia yang berisi duit raya

Yassin, tasbih dan gula-gula sebagai cenderahati

 Bersama saudari Lydia dan ustaz yang menguruskan Sekolah Rohingya serta rakan-rakan MEPS & Kindness Malaysia


 Pengisian Projek TajaMereka kali ini lebih santai di mana kami dapat berbuka puasa bersama, mengenali sesama yang lain, merapatkan silaturrahim, menyemai sikap tolong menolong, menggembirakan anak-anak Rohingya selain melengkapi misi mengimarahkan bulan Ramadhan.

Semuanya pulang dengan gembira dan ternyata puas kerana dapat melihat anak-anak Rohingya ini tersenyum. Terima kasih pihak MEPS yang menaja, terima kasih juga kepada pihak Rohingya Community School termasuklah kesemua anak-anak Rohingya yang memberi kerjasama penuh dan menerima kedatangan kami dengan baik, juga untuk semua rakan-rakan sukarelawan Kindness Malaysia yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung demi menjayakan Projek TajaMereka.

Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Bantulah apa sahaja kepada yang dikenali atau tidak. Pemberian bukanlah hanya sekadar pemberian berbentuk fizikal. Jika tidak ada wang atau material, bantulah dengan kiriman DOA, nasihat, harapan dan kegembiraan.

 Untuk itu, saya DOAkan semoga anak-anak Rohingya ini sentiasa berada dalam lindunganNya dan dapat menajalani kehidupan dengan lebih baik..
Semoga Allah memberkati kita semua.

Iman Nur Alia
Sukarelawan
Kindness Malaysia

^Projek TajaMereka di ASDAF (Asrama Darul Falah PERKIM), Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur^

Syukur alhamdulillah..Projek TajaMereka yang berlangsung pada 20 Jun 2016 bersamaan 15 Ramadhan 1437H,  berjalan lancar. Projek TajaMereka kali ini diadakan di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan, KL. Seramai 60 orang anak-anak orang asli diraikan di majlis iftar ini.


ASDAF merupakan asrama yang dihuni oleh kanak-kanak masyarakat orang asli yang telah dipilih oleh PERKIM untuk bersekolah di bandar. Misi PERKIM adalah untuk menjaga kebajikan masyarakat orang asli serta memperbaiki kehidupan mereka ke arah lebih baik.
Rata-rata mereka terdiri daripada suku kaum Semai, Bateq, Mahmeri, Semelai, Temuan dan Temiar. Kebanyakan daripada mereka adalah anak yatim dan datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Kanan-kanak orang asli ini diberi pendidikan akademik dan ilmu agama di ASDAF dengan menghantar mereka ke sekolah-sekolah berdekatan.

Projek TajaMereka dimulakan seawal jam 6 petang di mana rakan-rakan sukarelawan tiba di asrama ini dan beramah mesra bersama penghuni ASDAF.



 Menu berbuka adalah nasi beriyani beras panjang, ayam masak masala, daging masak hitam, pajeri nenas, air asam utara, buah tembikai, 3 jenis air cordial, kuih muih, kurma dan bubur kacang merah.


Bacaan doa berbuka puasa diketuai abang Karim selaku individu yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal anak-anak orang asli di sini.



Selesai menimati juadah ringan, kami ke surau untuk solat maghrib berjemaah. Selepas solat maghrib, barulah kami menikmati makanan berat. Bukan senang dapat menikmati hidangan istimewa dan suasana makan beramai-ramai seperti ini. Inilah antara salah satu inisiatif Kindness Malaysia, memberi kegembiraan kepada anak-anak orang asli di sini. Sekurang-kurangnya dapatlah mengubat kerinduan mereka terhadap keluarga yang jauh di kampung.


 Kanak-kanak seakan tidak sabar untuk menerima duit raya. Sumbangan duit raya dan menu catering ditaja oleh syarikat arkitektur terkenal iaitu GDP Architects. Terima kasih yang tidak terhingga kepada penaja.

 
Acara penyampaian duit raya berakhir sekitar jam 8.45 malam. Kami seterusnya menunaikan solat isyak berjemaah dan berterawikh.

Selesai terawikh, anak-anak ini dibawa ke luar kawasan asrama untuk bermain bunga api dan mercun. Meriah dan anak-anak nyata teruja bermain bersama. Acara bermain bunga api ini memang biasa diadakan di ASDAF setiap kali majlis iftar diadakan oleh pihak kami. Ia antara idea menarik salah seorang sukarelawan Kindness untuk menghidupkan suasana Hari Raya yang bakal menjelma lebih kurang dua minggu lagi.

Selesai bermain bunga api, kami semua menikmati bubur kacang merah. Majlis berakhir pada jam 9.45 malam.
Kami semua pulang dengan gembira kerana  anak-anak ASDAF ternyata gembira dengan kehadiran kami.
Rasa bersyukur sangat-sangat kerana anak-anak di sini melayan kami dengan baik. Semoga hubungan baik ASDAF dan Kindness Malaysia akan berterusan pada masa-masa akan datang.

Alhamdulillah.. terima kasih para penaja, pihak catering, para penghuni dan staff ASDAF, sukarelawan Kindness Malaysia dan  semua yang menjayakan Projek TajaMereka untuk kali ini.


"i_man"
Sukarelawan
Kindness Malaysia


Wednesday, May 11, 2016

_kadang-kadang_

_Kadang - kadang KAWAN KAWAN yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit......_

_Kadang - kadang KAWAN KAWAN yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab......._

_Kadang - kadang KAWAN KAWAN yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......_

_Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang KAWAN

_Kadang-kadang KAWAN KAWAN yang selalu_ *SMS DAN WHATSAPP* _anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka_ *INGAT PADA ANDA.......*

_Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada._

_Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........_

_Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,_
_"Siapa mereka semua tu?"....._
_Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,_
*"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." ....*


*TERIMA KASIH KAWAN KAWAN*

_Ada *3* Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :_       
          *1. Waktu*          
          *2. Kata-kata*      
          *3 . Kesempatan*         

_Ada *3* Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:_
          *1. Kemarahan*
          *2. Keangkuhan*
          *3. Dendam*   

 _Ada *3* Hal yg tidak boleh hilang:_
          *1. Harapan*          
          *2. Keikhlasan*  
          *3. Kejujuran*          

 _Ada *3* Hal yg plg berharga:_  
          *1. Kasih Sayang*
          *2. Cinta*          
          *3. Kebaikan*          

 _Ada *3* Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :_
          *1. Kekayaan*        
          *2. Kejayaan*      
          *3. Mimpi*         

 _Ada *3* Hal yg membentuk watak seseorg :_         
          *1. Komitmen*   
          *2. Ketulusan*     
          *3. Kerja keras*         

 _Ada *3* Hal yg membuat kita sukses :_
          *1. Tekad*         
          *2. Kemahuan*   
          *3. Fokus*

 _Ada *3* Hal yg tidak pernah kita tahu :_
          *1. Rezeki*      
          *2. Umur*         
          *3. Jodoh*          

*TAPI,* _ada *3* Hal dalam hidup yg_ *PASTI :*      
          *1. Tua*          
          *2. Sakit*         
          *3. Kematian.*   

*_Ya  Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.._*       

amin...

i_man 

Monday, May 9, 2016

^Free Market (Pasar Hutan Percuma) di Kg Org Asli Hulu Kemensah^

Projek mendekati masyarakat orang asli Hulu Kemensah! Nampak menarik ! 
Sedikit kelainan ilham dari pihak Kindness Malaysia yang membawa konsep Pasar Percuma (Free Market) di perkampungan yang terdiri daripada lebih 100 orang penduduknya.

Penglibatan penuh gabungan 25 orang sukarelawan Kindness Malaysia dan 50 orang sukarelawan syarikat MEPS selaku penaja utama barang2 keperluan harian , makanan dan minuman menjadikan program orang asli ini berjalan lancar.

Seawal jam 8.00 pagi, kami bergerak memasuki perkampungan org asli ini yang terletak di belakang Zoo Negara. 


kami sempat berkenal-kenalan dengan rakan-rakan volunteer dari syarikat MEPS

 
dah bersalam-salaman, kita bergambar pula 

kami berjalan kaki ke kampung tersebut memandangkan parking di pintu masuk kampung tidak banyak

siap tanda arah tuju lagi! ok, sila ke kanan!

 
keratan duit kertas ini diasing-asingkan mengikut warna. Duit kertas ini yang tertulis "Love Currency" akan diberi kepada setiap keluarga di sana

jom bergerak !

Aktiviti dimulakan dengan sarapan pagi. Pelbagai juadah kuih-muih disediakan buat semua penduduk kampung juga untuk semua sukarelawanan yang terlibat. 



ok adik-adik boleh beratur untuk ambil makanan

sesi mengasingkan makanan untuk memudahkan mereka memilih makanan apa yang mereka mahukan

adik nak yang tuuuuuu... ;-) banyak makanan kat sini.. bihun ada, nasi lemak pun ada..

adik comel ni sempat senyum..

Sementara itu,sedikit taklimat diberikan oleh saudara Diwan selaku Pengerusi Kindness Malaysia 

Saudari Farah dan Fatin juga sempat menyediakan tag nama untuk adik-adik di perkampungan ini

 
Konsep Free Market ini adalah di mana kami memberi barang sumbangan tersebut dengan mengadakan pasar percuma kepada penduduk di sini. Penduduk akan membeli menggunakan "love currency" dan boleh mendapatkan barang keperluan harian seperti bawang, telur, beras, minyak masak, toileteries, tuala, sardin, ubat nyamuk dan banyak lagi. Free Market ini kami bawakan ke kampung ini memandangkan penduduk di sini agak sukar ke bandar. Sekurang-kurangnya mereka dapat merasai suasana meriah seolah-olah berada di pasar sebenar. 

Selesai bersarapan, Pasar Hutan Percuma diadakan. 
Meriah tak meriah para sukarelawan berniaga. 
jual2! sabun sabun! tuala ada! maam-macam ada!



sukarelawan dari Syarikat MEPS dan encik hafiz

nak beli apa? minyak masak ada. bawang pun ada!

welfie ubat nyamuk! hahaha

Pak cik kena tunjukkan "love currency" untuk dapatkan barang keperluan harian tau. hehe

yeay! dah dapat beli tepung!

akak nak meggi dan biskut boleh?

vitamin turut diberi kepada anak-anak kecil. Semoga adik-adik di sini sihat selalu ok;p

Selain "free Market" kami juga memberikan sumbangan pakaian. So, penduduk kampung boleh pilih pakaian mana yang mereka nak di sini


  
adik-adik juga sempat kami gembirakan mereka dengan mengadakan pertandingan mewarna. Siapa warna paling cantik, dapatlah hadiah! 









 sesi mengagih-agihkan makanan kepada setiap penduduk kampung di sini 



Acara penutup seperti biasalah, kata-kata ucapan penghargaan dari Tok Batin Ebak kepada kami. Juga penghargaan dari kami kepada Tok Batin & semua penduduk kampung yang sangat baik hati, peramah & sporting..


inilah dia wajah Tok Batin Ebak Kampung Orang Asli Hulu Kemensah



Program berakhir sekitar jam 12 tengh hari. 
Lega rasanya dapat menggembirakan mereka kan?

tadaaa!!! gambar penutup warga Kindness Malaysia bersama penaja syarikat MEPS & penduduk kampung

Ok dah selesai program hari ini. jom turun bukit! ala-ala Kampung New Zealand! Iman and the geng sedikit teruja melihat keindahan kampung org asli ni.. hijau je ;p

TERIMA KASIH warga Kindness Malaysia, penduduk Kampung Orang Asli Hulu kemensah & penaja iaitu syarikat MEPS yang banyak memberi sumbangan selain melancarkan Projek Orang Asli untuk kali ini.

Semoga konsep "Free Market" ini dapat dipraktikkan di mana-mana jua dan dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus melakukan kebaikan...