Syukur kepada Allah.. tarikh 18 Jun 2016 bersamaan
hari Sabtu telah menyaksikan Kindness Malaysia dengan kerjsama MEPS meraikan
anak-anak pelarian Islam Rohingya di Sekolah Komuniti Rohingya, MRA, Cheras.
Kindness Malaysia kali ini meraikan seramai 60 orang
anak-anak pelarian Islam Rohingya, 10 orang sukarelawan Kindness Malaysia dan
11 orang sukarelawan dari pihak MEPS.
2 tingkat
Sekolah Komuniti Rohingya di Cheras berada di deretan kedai-kedai makan
Sukarelawan
Kindness membantu pihak catering menyediakan hidangan untuk berbuka
Sementara menunggu waktu berbuka, sesi suai kenal
diadakan bersama anak-anak Rohingya. Masing-masing memperkenalkan diri dan
beramah mesra. Adik-adik di sini cukup
peramah dengan kami semua. Bila ditanya apa cita-cita mereka, rata-rata ingin
menjadi askar dan polis. Seronok dan geli hati melihat gelagat mereka.
Juadah kami pada petang itu adalah nasi tomato, ayam
masak merah, acar, buah tembikai, kuih seri muka, popia, kurma dan air minuman
selain pelbagai makanan ringan lain.
sesi memperkenalkan diri
Puan shamsiah
selaku orang kuat MEPS memberi ucapan
Selesai
sesi suai kenal, kami semua bersedia untuk menikmati juadah istimewa dari pihak
catering. Alhamdulillah.. kali ini kami bawakan sedikit kelainan dengan makan
beramai-ramai di dalam talam. Dah lama tak rasa suasana makan sebegini.
Selesai
berbuka, kami bersama-sama menunaikan solat magrhib secara berjemaah
Alhamdulillah.. majlis berakhir sekitar jam 8.45
malam. Majlis yang ringkas tetapi pengisian yang cukup bermakna buat kami
semua.
Surprise kek
dari MEPS juga disediakan sempena ulangtahun kelahiran Puan Shamsiah (MEPS)
Sampul
Kindness Malaysia yang berisi duit raya
Yassin, tasbih
dan gula-gula sebagai cenderahati
Semuanya pulang
dengan gembira dan ternyata puas kerana dapat melihat anak-anak Rohingya ini
tersenyum. Terima kasih pihak MEPS yang menaja, terima kasih juga kepada pihak
Rohingya Community School termasuklah kesemua anak-anak Rohingya yang memberi
kerjasama penuh dan menerima kedatangan kami dengan baik, juga untuk semua
rakan-rakan sukarelawan Kindness Malaysia yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung demi menjayakan Projek TajaMereka.
Sesungguhnya tangan
yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Bantulah apa sahaja kepada yang
dikenali atau tidak. Pemberian bukanlah hanya sekadar pemberian berbentuk
fizikal. Jika tidak ada wang atau material, bantulah dengan kiriman DOA,
nasihat, harapan dan kegembiraan.
Semoga Allah memberkati kita semua.
Iman Nur Alia
Sukarelawan
Kindness Malaysia
No comments:
Post a Comment